"Throughout history, it has been the inaction of those who could have acted; the indifference of those who should have known better; the silence of the voice of justice when it mattered most; that has made it possible for evil to triumph"
Haile Selassie
Assalamualaikum dan Happy Wednesday,
Hari ada sedikit perkongsian daripada Izzy tentang perjalanan mengenali Malaysia kita a.k.a lawatan peribadi Izzy yang ditemani seorang sahabat ke Muzium Negara. Pada mulanya tak merancang pun nak pergi ke Muzium Negara. Hanya berniat untuk redemn tiket wayang di GSC Movie sempena hari lahir kawan Izzy. Tetapi sebab banyak masa lagi jadi alang alang dah berdekatan dengan Muzium Negara kenapa tidak.
Muzium Negara
Dari UKM Bangi, kami menaiki bas MRT (T451) ke MRT Stadium Kajang. Sebenarnya banyak pilihan nak ke sana tapi Izzy ambil jalan yang lebih mudah, pantas dan berpatutan.
Dari MRT Stadium Kajang, kami berhenti di perhentian Muzium Negara. Sampai je di stesen Muzium Negara, naik lif ke tingkat UG dan akhirnya tiba di destinasi iaitu Muzium Negara. Yuran yang dikenakan hanyalah RM 2 sahaja. Terdapat empat bahagian di dalam Muzium Negara iaitu Sejarah Awal (Galeri A), Kerajaan kerajaan Melayu (Galeri B), Era Kolonial (Galeri C) dan Malaysia Kini (Galeri D).
Pemandangan dari belakang MRT
Tiket Muzium Negara
A:Sejarah Awal
Menceritakan tentang sejarah awal bentuk muka bumi dan manusia. Terdapat 3 era atau zaman yang Malaysia telah lalui iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Batu. Izzy boleh konklusikan bahawa terdapat kemajuan yang dialami mengikut peredaran zaman. Yang menarik perhatian Izzy ialah fosil fosil lama yang berjaya ditemui dan dipamerkan di sekitar muzium. Terdapat rangka Perak Man yang sememangnya popular kerana membuktikkan wujudnya manusia di zaman tersebut. Terdapat juga tembikar dan alat alat perhiasan memandangkan sudah wujudnya perdangangan dari dulu lagi.
B:Kerajaan kerajaan Melayu
Merupakan galeri kesukaan Izzy kerana pada zaman ini menunjukkan bermulanya era kebudayaan dan kesenian masyarakat di Malaysia. Bermulanya dengan kemasukan agama Hindu~Buddha yang bagi Izzy sememangnya berjaya mempengaruhi kebudayaan masyarakat Melayu walaupun setelah kemasukan agama Islam. Aktiviti perdangangan merupakan faktor utama agama ini dapat disebarkan. Izzy selitkan dengan beberapa penemuan yang berjaya menarik perhatian Izzy.
Patung Brahman @ Patung Jalong
Patung ini ditemui di Jalong, Sungai Siput, Perak pada tahun 1936 dan dikenali sebagai Patung Jalong bersempena dengan tempat iainya ditemui. Di Pulau Jawa, patung ini dikenali sebagai Agastya yang digambarkan sebagai tokoh berambut panjang yang disanggul, bermata besar, bermisai dan janggut yang panjang. Tanda kasta melilit dari bahu kanan hingga ke pinggang. Perutnya buncit dan tidak berkasut. Tangan kanannya membawa kendi berisi air suci. Ia turut dikenali sebagai khumbahoni yang bermaksud tokoh yang membawa air suci. Tokoh ini dianggap sebagai salah satu lambang Dewa Siva. Rupa bentuk patung ini dipengaruhi oleh zaman Kerajaan Srivijaya Sailendra iaitu antara kurun ke 9 hingga kurun ke 11.
Candi Borobudur
Borobudur merupakan candi Buddha yang terkenal terletak di Magelang, Jawa Tengah Indonesia. Pembinaannya dimulakan oleh Raja Samarotthunga dari dinasti Sailendra sekitar tahun 824 Masihi. Strukturnya berbentuk seperti bukit yang bertingkat tingkat menuju ke puncak. Terdapat 504 buah stupa di sekeliling candi ini dengan sebuah stupa induk di puncaknya. Pada bahagian dindingnya pula tersusun 1460 panel ukiran timbul yang menggambarkan kehidupan Siddharta Gautama Buddha.
Replika ukiran timbul yang menggambarkan Raja Suddhodhana dan Permaisuri Maya ini membayangkan penerimaan masyarakat silam terhadap instituisi beraja yang menjadi tunggak dalam sesebuah Kerajaan Melayu Nusantara.
Pengislaman Raja Melaka
Diorama ini menunjukkan peristiwa pengislaman Raja Melaka oleh Saiyid Abdul Aziz, seorang ulama dari Jeddah bersama seorang pengiringnya. Peristiwa ini merupakan detik detik permulaan kegemilangan Melaka sebagai sebuah pusat penyebaran agama Islam yang tersohor di Nusantara. Walaupun hanya menggunakan patung tetapi setiap perincian tersebut dilakukan dengan sangat teliti oleh pihak muzium. Pernah tidak korang terfikir sekiranya Raja Melayu dahulu tidak terbuka hati untuk menerima Islam dan apa kesudahannya kepada kita hari ini??
C:Era Kolonial
Galeri ini membawa kita menyelusuri liku liku pahit manis perjuangan ke arah kemerdekaan dan pembetukan bangsa. Memaparkan proses transformasi serta pembangunan yang dikecapi sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, diikuti dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 sehinggalah hari ini.
Perjanjian Pangkor
Antara perjanjian yang terkenal dan merupakan peristiwa penting dalam sejarah Malaysia yang menandakan bermulanya penglibatan Bristish secara rasmi dalam pentadbiran negeri negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di antara Raja Abdullah, Perak dengan Sir Andrew Clarke yang mewakili pihak British pada 20 Januari 1874 di atas sebuah kapal milik British, HMS Pluto di Pulau Pangkor, Perak. Di antara syarat perjanjian ini termasuklah pengiktirafan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak dan baginda dikehendaki menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam setiap pekara kecuali pekara pekara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat orang orang Melayu.
Adakah kelalaian pemerintah kerajaan yang menyebabkan raja mudah mempercayai tipu muslihat pihak British sehingga membawa kepada kemasukan sistem Residen yang menyiksakan dan berlaku kejam terhadap masyarakat setempat?
D:Malaysia Kini
Merupakan galeri terakhir yang menyingkapkan gerakan awal nasionalisme yang dilopori oleh tokoh tokoh negara daripada pelbagai kaum dan latar belakang politik dan menunjukkan detik detik kemerdekaan negara serta pencapaian negara pada era kini. Terdapat juga pelbagai memorial dan etnik atau kaum minoriti yang ada di Malaysia turut dipamerkan.
Sampul Surat Pertama Merdeka 1957
Masyarakat Chitty
Merupakan masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarkat Chitty Melaka, adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di negara ini. Masyarakat ini terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang orang Hindu dengan orang orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain lain. Istilah "Chitty" ialah gelaran yang berasal dari perkataan Sankrit "Sresthiattau" yang bermaksud orang kaya atau pedagang.
Masyarakat Thai
Merupakan rakyat Malaysia dari kumpulan etnik Thai. Kebanyakkan dari orang Siam Malaysia yang menetap di kawasan Utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan dan sebahagian kecilnya di Terangganu.
Masyarakat Serani
Istilah "Serani" telah digunakan secara umum bagi merujuk kepada orang yang berkacukan darah Asia dan Eropah. Masyarakat Serani terbentuk hasil dari perkahwinan campur antara tentera Portugis dan orang Melayu tempatan ataupun orang Cina, India dan lain lain pada abad ke 16. Penduduk Serani di negara ini kebanyakannya bertumpu di Melaka dan Pulau Pinang.
Konklusinya, pengalaman Izzy di Muzium Negara memang sangat menyeronokkan sebab banyak benda juga yang baru Izzy tahu kat sana. Pelbagai info walaupun mesti benda pertama yang korang fikir tak seronok sebab dah belajar dulu. Tetapi percaya cakap Izzy, pengalaman melalui tengok depan mata tu yang mengagumkan.
Lagu Pilihan : "For Now" daripada Kwon Jin Ah ft SAM KIM
“Receiving love doesn’t mean you have it,
covering time doesn’t mean it passes,
breathing doesn’t mean you live”
Tablo ft Taeyang
With Love,I.