Saturday, March 30, 2019

Chapter 11 : HouseKeeping Partimer


"Success is no accident. It is hard work, perseverance, learning, studying, sacrifice and most of all, love of what you are doing or learning to do."
Pele


Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari Izzy nak berkongsi tentang pengalaman Izzy berkerja sebagai pengemas bilik hotel atau “housekeeping” di Mariotte Hotel. Pada mulanya, Izzy tidak berminat tetapi rakan Izzy mengajak untuk menemaninya bekerja sambil mencari pengalaman. Kami diketuai oleh Kak Kurnia yang merupakan antara orang pertama yang melakukan kerja separuh masa itu. Kami diminta untuk memakai baju, tudung, seluar dan kasut hitam. Gaji yang diperuntukkan adalah sebanyak RM 7 sejam. Kami mula bekerja dari jam 11:00 pagi hingga 7:00 petang.

Kami perlu menunggu satu jam awal sebelum masa bekerja bermula di perhentian bas kolej masing-masing. Pengangkutan yang disediakan adalah sebuah van milik Mariott Hotel. Sehari seramai 10 orang sahaja yang diperlukan untuk bekerja separuh masa seperti yang telah ditetapkan oleh pihak hotel. Perjalanan dari UKM ke Mariott Hotel hanya memakan masa selama 30 minit.

Setibanya kami di sana Kak Kurnia membawa kami ke kaunter pendaftaran pekerja yang memerlukan beberapa dokumen penting seperti kad pengenalan. Setelah siap untuk pendaftaran pekerja, kami bergerak ke kaunter untuk mengambil baju kemeja yang melambangkan sebagai pekerja hotel tersebut. Setelah siap memilih dan memakai baju, kami telah dibawa ke pejabat untuk diberi taklimat tentang skop kerja yang perlu kami jalankan. Terdapat dua skop yang perlu dijalankan antaranya ialah skop kerja pertama perlu mencabut alas cadar dan sarung bantal bagi bilik yang telah digunakan oleh tetamu untuk memudahkan pekerja yang berada di skop kerja kedua iaitu mengemas bilik yang digunakan oleh tetamu.

Izzy perlu melakukan skop kerja kedua dan telah ditugaskan bersama seorang pekerja dari Indonesia yang bernama Taat. Pada mulanya agak risau dan gugup kerana Izzy tak pernah melakukan tugasan ini. Setelah diberi tunjuk ajar oleh Taat, akhirnya Izzy boleh lakukan kerja tersebut walaupun kadang-kadang perlu bantuan daripadanya. Pada pukul 1:30 kami rehat di café yang menyediakan makanan untuk para pekerja. Makanan yang disediakan agak mewah dan menyelerakan. Setelah selesai rehat selama 30 minit, Izzy dan rakan-rakan yang lain menyambung tugasan yang dipertanggungjawabkan. Kami selesai mengemas bilik sekitar pukul 5:30 petang.

Waktu yang mendebarkan bagi Izzy adalah ketika kerja kami diperiksa oleh pengurus. Mereka agak tegas tidak kira sama ada kepada pekerja tetap atau separuh masa. Setelah siap diperiksa oleh pengurus kami turun untuk makan di café, solat dan mengambil gaji yang akan diberikan. Walaupun penat tetapi gaji yang diberikan agak lumayan dan makanan turut disediakan serta pengalaman yang dirasai oleh Izzy mengajar betapa susahnya untuk mencari sesuap nasi. Apabila melihat betapa rajinnya pekerja yang lain bekerja mengajar Izzy untuk menghormat sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan sentiasa berusaha untuk memperoleh kejayaan.

Lagu Pilihan : Gotta Go daripada Chungha
                      (https://www.youtube.com/watch?v=HlN2BXNJzxA)

We've got to work, work

To work this out
We'll make things right,
The sun will shine
HSM

With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...