"My life is an open book. You're welcome to speculate."
Karan
Patel
Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ini perkongsian
kita akan berkongsi tentang ulasan daripada sebuah novel terbitan Fixi. Ramai
yang bertanya apa itu Fixi? Mungkin ada yang tertanya-tanya dari manakah
datangnya nama syarikat ini. Namanya diambil dari perkataan Bahasa Indonesia
‘fiksi’ yang turut membawa makna ‘fiction’ dalam Bahasa Inggeris. Nama Fixi
dipilih sebagai simbolik yang menandakan tidak ada apa-apa yang asli dalam
dunia pernovelan. Banyak genre yang ditawarkan oleh buku Fixi iaitu psikotik,
“mindfuck”, seram dan lain-lain lagi.
Novel yang ingin Izzy ulas pada hari ini ialah novel yang
bertajuk Garam karya Ruwi Meita iaitu seorang penulis yang berasal dari
Indonesia. Novel ini bertemakan penyiasatan dan psikotik merupakan sebuah karya
yang mempunyai jalan cerita yang sangat hebat dan berada diluar jangkaan. Latar
berlakang cerita ini digambarkan berlaku di Surabaya.
Sinopsis Ringkas:
Novel ini berkisah seorang inspector yang bernama Kiri Lamari
yang perlu menghadapai sebuah kes pembunuhan yang sangat luar biasa. Pembunuhan
itu sangat kejam dan licik yang jelas menggambarkan betapa bijaksana dan
liciknya si pembunuh. Mangsa pembunuhan akan ditemui dalam keadaan diselaputi
oleh garam dan organ dalaman mangsa akan dibuang tanpa sebarang kesan tusukan
atau koyakan supaya mayat yang ditinggalkan di dalam rumah tidak berbau. Kes
pembunuhan ini telah berlaku sebanyak tiga kali dalam masa setahun yang
melibatkan semua mangsa perempuan tetapi memiliki latar belakang yang berbeza.
Agak sukar untuk mengetahui motif yang cuba disampaikan oleh pembunuh. Terdapat
beberapa watak yang muncul iaitu teman wanita Kiri Lamari, seorang pengarah
seni dan juga pengemis kecil-kecilan. Apa kaitan mereka dengan kes ini? Jadi
Izzy sarankan korang semua yang membaca blog ini untuk tidak melepaskan peluang
untuk membeli dan menyelami kisah dalam novel ini.
Novel Garam
Garam?
Kenapa penulis menggunakan Garam? Itu persoalan pertama yang
muncul dalam pemikiran Izzy. Setelah mengakhiri novel ini barulah Izzy faham.
Kisah ini walaupun mengusung tema utama iaitu psikotik dan penyiasatan tetapi
masih mempunyai nilai-nilai keagamaan dalam novel ini. Rahadian dan Matari yang
telah dibesarkan dalam sebuah keluarga yang agak pincang apabila ibu mereka
telah menghidapi sakit mental. Kesannya, telah dirasai oleh mereka apabila
mereka membuat sesuatu kesalahan, mereka akan dipaksa untuk makan sesuap garam.
Hal ini kerana, ibu mereka yang mempercayai bahawa garam mampu membersihkan
dosa yang telah dilakukan. Penulis cuba mengaitakan kepercayaan ibu mereka
dengan kisah isteri Nabi Luth a.s yang ingkar terhadap arahan suaminya sehingga
dihukum oleh Allah S.W.T menjadi setiang garam akibat terlalu memikirkan
tentang hal duniawi. Begitu juga dengan rakyat di Kota Sodom yang ingkar dan
tidak mahu patuh kepada ajaran Nabi Luth a.s dan agama Allah S.W.T sehingga
diterbalikkan kota tersebut dengan lautan mati paling masin. Kesan fizikal dan
mental yang dirasai oleh kembar tersebut memaksa menyebabkan mereka berdendam
dengan ibu mereka sehingga mereka melepaskan rasa dendam itu terhadap mangsa
pembunuhan mereka. Hal ini yang tidak berjaya disedari oleh pihak polis kerana
semua mangsa berkongsikan satu persamaan iaitu pernah melakukan dosa yang
sangat besar.
Kota Sodom
Proses Pengawetan dan Mumia
Dalam novel ini terdapat satu bahagaian yang menceritakan
bagaimana organ mangsa di keluarkan tanpa sebarang kesan tusukan atau koyakan.
Pembunuh menggunakan cara yang agak kejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya,
otak mangsa di keluarkan dengan memasukkan satu jarum melalui hidung mangsa
sehingga tembus ke bahagian otak dan pelaku akan mengacau atau memusingkan
jarum itu sehingga otak tersebut cair dan keluar melalui hidung. Proses ini
untuk memastikann bahawa mayat tidak rosak dan tidak membusuk.
Selepas proses mengeluarkan organ selesai, pembunuh akan
menyelaputi mangsa dengan gram dan membakarnya di dalam oven pada suhu yang
tinggi supaya garam tersebut tidak tertanggal daripada badan mangsa. Proses
pengawetan dan mumia menggunakan garam ini sebenarnya telah dilakukan oleh
sesebuah masyarakat terdahulu untuk proses pengebumian mengikut kepercayaan dan
adat setempat. Pembunuh telah terinspirasi oleh cara tersebut dan mengolahnya
ke cara yang lebih moden.
Pengawetan Mayat
Akhir sekali, Izzy memang sangat menghormati penulis Ruwi
Meita kerana karya yang dihasilkan sangat bijaksana dan luar biasa. Jalan
cerita yang sukar diramalkan dan sememangnya lari dari norma kehidupan biasa
sangat menarik perhatian biasa. Harap-harap suatu hari nanti dapat bertemu
beliau dan bertanyakan sendiri bagaimana dan apa yang mengispirasikan beliau
untuk menulis novel. Banyak lagi novel karya Ruwi Meita iaitu seperti Alias dan
Rumah Lebah yang boleh korang dapatkan. Tetapi sebelum tu jangan lupa beli
novel Garam kerana memang tidak akan menyesal.
Lagu Pilihan: Hann daripada (G)I-DLE
"Keep your love unchanging
for my wounded heart
Looking in your eyes,
no words are needed, time has stopped."
SNSD
With Love, I.
No comments:
Post a Comment