“Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang
mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa,
lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”
Rasulullah S.A.W
Assalamualakum dan selamat petang awak-awak sekalian. Hari
ini mari Izzy kongsikan anda semua dengan satu penyakit yang dipanggil “Sleep
Paralysis”.
Apa itu “Sleep
Paralysis”?
Merupakan satu perasaan yang kita sedar tetapi tidak mampu
untuk bergerak. Ia berlaku apabila seseorang berlalu di antara tahap
kebangkitan dan tidur. Semasa peralihan ini, anda mungkin tidak dapat bergerak
atau bercakap selama beberapa saat sehingga beberapa minit. Sesetengah orang
juga mungkin merasa tekanan atau rasa tercekik. Ia turut diiringi gangguan
tidur yang lain seperti Narcolepsy. Narcolepsy adalah keperluan yang kuat
untuk tidur disebabkan oleh masalah keupayaan otak untuk mengatur tidur.
Gambaran "Sleep Paralysis"
Fakto-faktor yang
Menyebabkan “Sleep Paralysis”
- Kurang tidur
- Jadual tidur yang sering berubah
- Keadaan mental seperti tekanan atau gangguan bipolar
- Tidur secara membelakangi
- Masalah tidur lain seperti Narkolepsi atau kekejangan kaki waktu malam
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti ADHD
- Penyalahgunaan
ubat-ubatan atau dadah
Rawatan yang Boleh
Diterima
- Membaiki tabiat tidur - seperti memastikan anda mendapat enam hingga lapan jam tidur setiap malam
- Menggunakan ubat antidepresi jika ditetapkan untuk membantu mengawal masa tidur
- Mengubati masalah kesihatan mental yang mungkin menyumbang
- Mengubati sebarang gangguan tidur yang lain, seperti Narkolepsi atau kekejangan kaki
Kenapa berkongsi?
Antara alasan yang Izzy berkongsi kisah ini kerana Izzy
pernah mengalaminya sebanyak tiga kali. Pada mulanya rasa lumpuh yang biasanya
seperti kita melihat diri kita sedang tidur tetapi tidak mampu untuk bangun.
Kali kedua, Izzy kena diikuti dengan mimpi yang sangat buruk dan menakutkan.
Pada mulanya Izzy beranggapan bahawa ini biasa sahaja tetapi pada kali ketiga ia
diikuti dengan mimpi yang sangat buruk dan seperti seseorang sedang
memerhatikan Izzy. Sejak pada itu sebelum tidur Izzy akan pasang ayat-ayat
al-Quran dan apabila hampir terlelap Izzy akan tutup. Orang yang paling risau
ialah mama. Mula-mula kena mama terus tawarkan yang dia boleh teman Izzy tidur.
Izzy ada juga baca yang penyakit ini ada kaitan dari segi agama juga tetapi
untuk setakat ini ia masih terkawal dan tidak perlu mendapat bantuan pakar.
Lagu Pilihan : Goodnight daripada Dreamcatcher
"I’m OK
Don't comfort me
You don't have to have pity on me
You don't have to stay with me, I'm fine
I’m OK"
Ikon
With Love, I.
No comments:
Post a Comment