Tuesday, March 26, 2019

Chapter 10 : Asean Art Festival 2018


“Seni bertujuan untuk memelihara akar daripada budaya kita, masyarakat harus membiarkan seniman bebas mengikut visi mereka kemanapun hal itu membawa mereka.”
John. F Kennedy

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini Izzy nak ceritakan sikit pengalaman Izzy ke Asean Art Festival 2018. Tuujan Izzy kesana untuk memenuhi kehendak citra kebudayaan memandangkan Izzy merupakan salah seorang pelajar seni tari klasik India. Mari Izzy ceritakan pengalaman Izzy sepanjang festival itu.

Asean Art Festival 2018
    Asean Art Festival 2018 merupakan satu program yang sangat menghiburkan dan menarik telah berjaya diadakan pada 1 Disember 2018 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia. Persembahan yang dipersembahkan kepada penonton merupakan tarian dan nyanyian daripada beberapa buah negara iaitu Myanmar, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja, Brunei dan termasuk rumah iaitu Malaysia serta sebuah negara jemputan khas iaitu Korea. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan mendalami seni tari kebudayaan negara Asean selain merapatkan ukhwah di antara penonton terutamanya pelajar UKM sendiri. Semua persembahan yang ditunjukkan sangat menarik, unik dan mempunyai jalan ceritanya yang sendiri.

     Antara persembahan yang menarik perhatian Izzy ialah tarian daripada negara Vietnam. Tarian yang dipersembahkan merupakan campuran daripada tarian tradisional dan juga moden. Tarian dimulakan dengan menceritakan tentang bunga yang merupakan bunga kebangsaan negara Vietnam. Masyarakat di Vietnam menganggap bunga lotus sebagai satu daripada empat bunga dan tanaman anggun, bersamaan dengan pohon pinus, bamboo dan krisan. Bunga ini turut ditemukan di tasik dan kolam pada bahagian semua negeri. Bagi orang Vietnam bunga lotus ini adalah symbol kemurniaan, komitmen dan optimistic untuk masa hadapan. Oleh itu, bunga ini sering digunakan dalam persembahan tarian tradisional negara ini kerana merupakan bunga kebanggaan mereka. Persembahan ditamatkan dengan tarian moden yang bercorak bebas dan sederhana. Melalui persembahan ini, Izzy dapat pelajari tentang sejarah dan kebudayaan sesebuah negara. Selain itu, persembahan yang menarik dan sedikit berlainan berbanding negara Asean yang lain ialah sebuah persembahan nyanyian dari negara Filipina. Nyayian duet yang sungguh merdu mampu memukaukan para penonton yang menghadiri festival Asean Art ini.

     Pelbagai faedah yang Izzy dapati daripada program ini, antaranya, memperkukuhkan hubungan diplomatic antara negara-negara yang terlibat. Hal ini dapat dilihat apabila setiap kontinjen sedia memberi kerjasama dalam menjayakan festival. Penonton juga sentiasa memberi sokongan dan tindak balas yang sepenuhnya apabila setiap kontinjen membuat persembahan supaya tiada jurang antara negara-negara yang terlibat. Tambahan pula, pertukaran seni kebudayaan oleh setiap negara boleh dijalankan. Walaupun memiliki kebudayaan yang berbeza tetapi ilmu pegetahuan dapat dikongsi supaya setiap negara memahami dan menghormati kebudayaan negara lain. Di sini Izzy turut ingin berkongsi berdasarkan pemerhatian Izzy, terdapat beberapa persamaan budaya yang dipersembahkan oleh setiap kontinjen terutamanya budaya negara Brunei, Indonesia dan Malaysia. Akhir sekali, dapat menarik lebih ramai pelajar UKM untuk menyertai citra kebudayaan. Penonton yang hadir bukan sahaja terdiri daripada pelajar citra kebudayaan tetapi turut disertai oleh pelajar UKM lain yang jelas berminat dengan aktiviti kebudayaan ini. Pelajar akan lebih memahami dan rasa minat dapat dipupuk apabila melihat persembahan kebudayaan secara jelas serta nyata.

     Akhir sekali, Izzy berharap agar program ini dan seangkatan dengannya kerap dijalankan pada masa hadapan. Hal ini kerana, setiap pelajar UKM perlu sedar bahawa seni kebudayaan itu sangat halus dan indah sekiranya kita lebih memahami. Oleh itu, pusat citra kebudayaan perlu giat mempromosikan program-program seperti ini supaya pelajar yang lain lebih cakna dan tidak memandang remeh program yang bermanfaat ini.

Persembahan daripada negara Vietnam

Persembahan penutupan yang melibatkan semua negara

Selfie bersama rakan-rakan yang turut hadir


Lagu Pilihan : Can You Hear My Heart daripada Epik High ft Lee Hi
                      (https://www.youtube.com/watch?v=uROiX8hcKTg)

"Like a dream we’ve drawn together, you and I
Will we be able to love?"
Taeyeon

With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...