Sunday, March 24, 2019

Chapter 9 : Terbang


“Life is what happens when you're busy making other plans." 
John Lennon

Assalamualaikum dan selamat malam. Ingat tak hari tu Izzy ada cerita tentang “Bucket List”. Jadi harini lebih kurang macam sambungan untuk “Bucket List” cuma ini versi yang lebih mendalam. Izzy akan ceritakan tentang negara yang ingin Izzy lawati dan juga beserta sebab. 

Jerman
Negara pertama yang Izzy ingin pergi ni sebab apabila Izzy mula belajar Bahasa Jerman hingga sekarang, ia mula pupuk minat untuk ke negara tersebut. Antara yang menjadi tarikan pelancong bagi negara Jerman ialah festival music kerana Jermann banyak melahirkan pemuzik-pemuzik yang terkenal di seluruh negara seperti Beethoven dan Mozart. Dalam masa setahun sahaja, Jerman mampu menwarkan lebih 20 jenis music festival kepada orang tempatan dan orang luar. Selain itu, yang paling menarik perhatian ialah “Weihnachtsmarkt” atau Pasar Krismas. Jangan salah faham sebab Izzy bukan nak menyambut Krismas. Tetapi dalam skop ini lebih berfokus kepada makanan dan cenderamata yang para peniaga tawarkan. Banyak makanan yang ditawarkan dan juga cenderamata yang menarik perhatian.

Weihnachtsmarkt


 Mekah dan Madinah
Walaupun Izzy pernah menjejakkan kaki di sini tetapi selalu teringat dan teringin lagi nak pergi. Selain rasa masih tidak cukup ibadat Izzy dekat sana tetapi rasa tenang dan damai di sana membuat Izzy nak tinggal je dekat sana. Kota Madinah sangat tenang sehingga Izzy rasa tak nak tinggalkan kota tersebut untuk berangkat ke Mekah. Di Mekah lebih ramai orang tetapi ia mendorong kita untuk beribadat kerana sangat terpengaruh dengan aktiviti ibadat di sana. Izzy selalu cakap pada mama dan papa yang nak lagi pergi ke sana. Insyallah, sekiranya dapat lagi pergi kesana Izzy akan lebih bersedia supaya lebih teratur dan dirahmatiNya.

Mekah

Madinah


 Amerika Syarikat 
Tujuan ke sini hanyalah satu iaitu untuk menghadiri Coachella atau festival musik yang sangat besar dan popular. Menghadirkan banyak penyanyi yang terkenal dan menawarkan music yang bagus sememangnya impian Izzy. Musik festival ini diadakn pada musim panas atau sekitar bulan April. Tetapi tiket yang ditawarkan sangat mahal kerana perlu biayai kos hiburan, penginapan dan kos kemudahan yang lain.

Festival Coachella

 Korea Selatan
Apabila selalu tengok drama Korea mulalah mudah terpengaruh dengan makanan yang disajikan dalam drama tersebut. Izzy memang penat segala jenis mi terutama maggi dan ramen. Izzy selalu rasa yang makanan Korea tersebut kena dengan selera Izzy. Lagi satu, makanan Korea banyak menggunakan makanan laut dalam masakan mereka yang sememangnya kegemaran Izzy. Yang menjadi plihan Izzy ialah Jjampong iaitu mee sup pedas yang dicampurkan dengan makanan laut dan juga Ttekbokki iaitu kek beras yang dihidangkan dengan kuih yang pedas.

Makanan Jalanan Korea


Indonesia dan Thailand
Akhir sekali, negara yang menjadi pilihan Izzy keranan tertarik dengan bagunan sejarah dan budaya yang mereka ada. Izzy sememangnya sangat minat dengan zaman sejarah yang wujud di Indonesia dan juga Thailand. Jika di Indonesia Izzy teringin melawat Candi Borobudur dan Pura Pesakih yang. Selain itu , tarian Reog Ponorogo yang berasal dari Jawa Tengah yang lebih besifat keagamaan dan misteri serta tarian Borong Bali yang turut mempunyai tujaan dan jalan cerita yang lebih bersifat keagamaan atau ketuhanan.

Pura Pesakih


Di Thailand, tarian yang menjadi tarikan ramai serta sempat menjadi perhatian dunia ialah tarian seribu tangan. Cara pemakaian mereka turut menjadi kegemaran Izzy. Tempat bersejarah yang terkenal di Thailand ialah Wat Arun yang merupakan sebuah kuil yang antara tertua di Thailand dan Kota Bersejarah Ayutthaya yang terkenal dengan keindahan dan peristiwa sejarah di kota tersebut.

Kota Bersejarah Ayutthaya


Lagu Pilihan : A Whole New World daripada Zayn ft Zhavia Ward
                        (https://www.youtube.com/watch?v=rg_zwK_sSEY)

“'Cause I don't ever want to know
Don't ever want to see things change
'Cause when I'm living on my own
I'll wanna take it back and start again”
Joel Adams 

With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...