“Once you have tasted flight, you
will forever walk the earth with your eyes turned skyward, for there you have
been, and there you will always long to return.”
Leonardo da Vinci
Assalamualaikum
dan selamat pagi. Hari Izzy nak cerita tentang “Bucket List”. Setiap orang
mesti ada “Bucket List” masaing-masingkan. Jadi kat sini Izzy ada senarai
beberapa “Bucket List” yang nak Izzy lakukan pada masa akan datang.
Apa itu “Bucket
List”?
Pertama
sekali, “Bucket List” adalah satu senarai tentang semua matlamat, impian yang
anda ingin capai, dan pengalaman hidup yang anda ingin rasai sebelum anda mati.
Kenapa Perlu
Wujudkan “Busket Life”?
Jika kita
tidak menjalani hari kita dengan matlamat dan rancangan, kemungkinan sebahagian
besar masa dihabiskan dengan kesibukan aktiviti seharian. Pernah merasakan
bahawa hari-hari kita lewati tanpa sebarang hasil yang memuakan diri sendiri? Apa
yang kita lakukan pada bulan lalu? Apakah matlamat kita untuk tiga bulan akan
datang? Lihatlah perkara-perkara yang telah kita lakukan dan perkara-perkara
yang kita sedang rancang untuk dibuat seterusnya - adakah ia bermakna kepada
kita jika kita mati hari ini? Mempunyai “Bucket List” mengingatkan kita tentang
apa yang penting bagi kita supaya boleh bertindak ke atasnya.
Melancong
Melancong ke pelbagai negara
berseorang. Izzy seseorang yang memang suka lakukan aktiviti secara berseorang
kerana lebih mudah dan yang penting dapat memuaskan hati kita sendiri. Melancong
jadi senarai yang pertama sebab rasanya semua orang nak pergi melawat negara
luar tak kiralah apa jua alasan kita semua. Izzy pernah sekali sahaja ke luar
negara. Pengalaman naik kapal terbang tu memang sangat seronok dan itu juga
mendorong Izzy nak ke luar negara. Selain itu, Izzy nak merasai suasana, budaya
dan paling penting makanan di luar negara. Harap-harap satu hari nanti mampu
melancong ke pelbagai negara. Doakan Izzy ye rakan-rakan sekalian.
Maraton Filem atau Drama
Izzy seorang penggemar apa jua filem
dan drama terutama yang bergenre seram, misteri dan berkisahkan penyiasatan.
Setakat ni Izzy layan semua jenis drama tak kisah apa genre dan juga bahasa.
Asalkan jalan cerita yang menarik dan lakonan yang bagus tu yang penting bagi
Izzy. Izzy ni kalau menonton filem atau drama selalu ada sindrom jatuh cinta
pada hero yang kedua. Kalau nak marathon filem atau drama ni Izzy lebih memilih
di rumah sebab lebih selesa dan bersifat peribadi. Tetapi kalau korang semua
lebih suka menonton filem di panggung wayang boleh je. Ikut diri sendiri yang
mana lebih memuaskan. Sebelum ni tak mampu nak maraton filem atau drama kerana
terlalu sibuk dengan belajar dan kerja.
Seharian Di Rumah Perlindungan Haiwan
Izzy seorang yang memang suka sangat
pada haiwan terutama kucing. Selalu cakap dengan mama atau kawan teringin nak
seharian tu main dengan kucing. Sebab tu Izzy memilih nak melakukan aktiviti
sukarelawan di ruman perlindungan haiwan. Selain dapat berbakti, dapat juga
main dengan haiwan-haiwan ni semua.
Membaca di Kafe
Lagi satu aktiviti kegemaran Izzy
ialah membaca buku. Tetapi selalu habiskan di rumah sahaja. Teringin nak duduk
di kafe sambil baca buku sebab memang minat Izzy. Izzy baca segala jenis buku
tetapi macam biasa genre pilihan ialah seram, misteri dan penyiasatan. Buku
kegeramaran Izzy ialah jenama fixi sebab memang kena dengan selera hati. Lagi
satu komik pun kegemaran Izzy sebab lebih ringkas dan ada visual supaya tidak
bosan untuk kita baca. Duduk membaca di kafe sambil hirup kopi atau the memang
menyegarkan.
Belajar Sesuatu yang Baharu
Akhir sekali, ialah Izzy nak sangat
belajar pelbagai bahasa dan belajar tentang fotografi. Mengenai bahasa ni, Izzy
mula sedar minat ni sejak sekolah menengah sebab Izzy belajar bahasa german
dari umur 13 tahun sehingga sekarang. Bahasa Cina pernah belajar di sekolah
rendah dan sambung semula di unversiti. Rasa seronok apabila belajar pelbagai
bahasa ni sebab bukan meliputi bidang bahasa sahaja, tetapi kita boleh belajar
budaya dan negara mereka.
Seterusnya mengenai fotografi, Izzy
sangat meminati seni forografi dan model setiap jenis kamera. Tetapi sebab
kurang faham tentang teknik fotografi yang sebenar Izzy tangguhkan niat nak
beli kamera. Lagi satu, sebab terlalu sibuk dengan belajar, Izzy tak mampu nak
bahagikan masa.
Lagu Pilihan : Forever Young daripada Blackpink
(https://www.youtube.com/watch?v=n7ukhNJvQ8s)
“If you wanna have some fun
Don’t let go of this special
happiness
That’s like the salty air
One two three, let’s go
Let’s go dance like flying to space
Hey! Let’s dance the night away”Twice
With Love, I.
No comments:
Post a Comment