Saturday, March 16, 2019

Chapter 7 : Meow

“There are two means of refuge from the miseries of life: music and cats.” 
 Albert Schweitzer

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni agak membosankan dan tiada topic yang menarik pun nak dikongsikan. Cuma apa yang berkongsi hari ialah tentang haiwan peliharaan atau kesukaan korang semua. Kalau Izzy semestinya kucing yang menjadi pilihan utama. Izzy dulu pernah bela hampir 15 ekor termasuklah ibu kucing dan anak-anaknya.

Minat nak pelihara kucing ni bermula pada satu tahun tu apabila kami sekeluarga tinggal lagi sehari nak berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah. Tiba-tiba datang seekor ibu kucing yang mempunyai corak tompok dan memiliki tiga warna iaitu coklat, hitam dan putih. Kitaorang pun sebab kesiankan dia bagilah makan. Kucing ni bila kita dah mula bagi makan kat dia, dia akan sentiasa datang dan tinggal kat tempat tu sebab dah ada sumber makanan. Niat kitaorang hanya nak bagi makan sahaja sebab mama alergi dengan kucing dan ada penyakit asma. Tetapi lepas balik daripada umrah, ibu kucing tu masih ada kat situ. Jadi Izzy dan papa pun biarkan jelah dia tinggal kat situ sampailah melahirkan anak. Lepas datang lagi ibu kucing warna oren dan turut melahirkan anak kucing kat situ.

Kucing yang seterusnya, istimewa sikit sebab bukan dia datang rumah atau kami jumpa tepi jalan. Mama nampak dia kat kedai haiwan lepas terus cakap cantik sangat kucing tu. Apa lagi kitaorang pun beli dia dan bawa balik rumah. Nama dia Mika, kucing betina. Bulu dia panjang bukan macam kucing tempatan dan berwarna kuning hampir nak ke warna oren. Betapa sayangnya kitaorang pada dia, Mika dibela khas kat dalam rumah bukan macam kucing lain.

Mika


Kucing yang seterusnya, nama dia Pachi. Badannya agak besar dan gemuk sikit berbanding kucing yang lain. Ni orang yang bagi sebab tahu papa suka bela kucing. Pachi agak garang berbanding yang lain. Maklumlah dia yang paling besar. Bulu dia panjang macam Mika juga dan warna bulunya agak bercampur-campur jadi susah nak tahun warna yang sebenar.

Kucing yang menjadi kesayangan papa adalah Sontot. Papa jumpa semasa dia sedang jogging kat taman tasik. Papa tangkap sebab orang setempat cakap yang adik-beradik dia yang lain semua dah mati sebab kena langgar dengan kereta. Papa bawak balik dan bela dia kat dalam rumah. Makin tahun mesti ada je kucing baru yang datang. Ada yang orang bagi. Ada yang kami jumpa dan kesian lepas tu bawak balik rumah. Ni tak termasuk ibu kucing yang lahirkan anak-anak kucing kat rumah tu. Kalau nak cerita satu-satu memang tak habis.

Sontot ketika masih kecil

Sontot sudah besar


Tetapi lepas je, Izzy dapat masuk UKM mama terpaksa bagi orang dan saudara-mara Izzy yang lain. Alasannya, mama x mampu nak jaga sorang. Maklumlah, nak kena bagi makan 2 kali sehari dan kena buang tahi kucing tu setiap hari. Adik Izzy pun makin sibuk nak sebab nak SPM tahun ni. Yang tinggal hanyalah Mika dan Sontot. Itupun lepas Izzy pujuk mama jangan bagi kat orang. Sayang sangat kucing-kucing ni semua.

Bagi korang pencinta kucing semua boleh tengok dan subscribe saluran Youtube ni sebab memang menyajikan adegan-adegan kucing yang sangat comel.

  • CreamHeroes
  • KritterClub
  • bo_mang_co
  • BennyFamily
Lagu Pilihan : Learn To Meow daripada Xiao Feng Feng
                       (https://www.youtube.com/watch?v=a1vNFJMpIUo)

"Turn me from a cat into a dog
Now, I want you to take me on a walk
Watch me be the loyalest of all
Okay, baby, here's the leash (purr purr purr)"
TXT

With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...