“You
shouldn't dream your film, you should make it!”
Steven
Spielberg
Assalamualaikum
dan selamat tengah hari. Hari ini Izzy nak berkongsi atau lebih kepada mengulas
tentang satu filem yang Izzy rasa taktik pemasaran dia sangat bijak dan luar
biasa iaitu filem Misteri Dilaila yang ditayangkan pada tahun ini. Taktik
pemasaran yang berlainan berbanding filem lain apabila pihak pengarah
menayangkan sebuah filem dengan dua pengakhiran cerita yang berbeza. Yupp, ada
dua versi dan memang Izzy akui kedua-dua pengakhiran cerita sangat-sangat
berbeza dan rugi kalau korang tak tengok kedua-dua versi. Setiap versi yang
berlainan akan ditayangkan di panggung wayang yang berbeza jadi memang agak
leceh sebab perlu cari panggung wayang yang berlainan tetapi bagi Izzy berbaloi
sangat. Pada mulanya, tak berminat pun nak tengok sebab Izzy tengok trailer
filem ini kurang mengesankan untuk kali pertama tetapi sebab dah tiada cerita
menarik yang lain Izzy tengok jugaklah. Yelah sokong filem tempatan katakan.
Versi
pertama yang Izzy tengok adalah di Golden Screen Cinema yang bertempat di
MyTown Shopping Centre. Dari UKM boleh naik bas MRT dan berhenti di stesen MRT
Stadium Kajang. Lepas tu, korang boleh naik MRT dari Stadium Kajang dan
berhenti di perhentian Cochraine. Tiket untuk filem ni Izzy kurang ingat kerana
ketika waktu penayangan filem tersebut Izzy dan rakan-rakan dapat tiket bagi
Premiere Class. Jadi agak mahal berbanding harga tiket biasa tetapi nasib baik
dapat harga pelajar. Versi yang kedua Izzy tonton di GSC NU Sentral.
Poster Rasmi Filem Misteri Dilaila
Sinopsis
Sinopsis
ringkas yang Izzy boleh terangkan adalah filem ini berkisah pasangan Dilaila
dan Jefri yang pulang ke villa lama iaitu peninggalan keluarga Dilaila setelah
berada di luar negara bertahun lamanya. Konflik cerita ini bermula, apabila Dilaila
telah hilang dan muncul pula seorang perempuan yang mengaku bahawa dia adalah
Dilaila walaupun memiliki rupa paras yang sedikit berbeza daripada Dilaila yang
sebenar. Muncul pula waktu seorang polis yang baru berpindah dari Bukit Aman
dan seorang imam yang sudah lama menetap disitu menambahkan lagi konflik jalan
cerita. Turut ada elemen seram dan misteri membuatkan jalan cerita ini lebih
menarik. Persoalannya siapa yang benar atau yang salah dalam cerita ini. Oleh
itu, yang tak pernah tengok, pastikan korang tonton filem ini.
Oklah demi
korang Izzy bagi sedikit petunjuk atau “spoiler”:
Versi 1:
Pada akhir cerita, bukan Dilaila yang sebenar telah berjumpa dengan pihak bank
tersebut dan Jefri merupakan watak antagonis dalam filem ini
Versi 2:
Pada akhir cerita, Dilaila yang sebenar telah berjumpa dengan pihak bank
tersebut dan Jefri merupakan watak protagonis dalam filem ini.
Ulasan yang
ingin Izzy berikan sangat ringkas tetapi meliputi keseluruhan filem. Dari segi
taktik pemasaran memang tak dinafikan sangat bijak dan tidak pernah dilakukan
oleh mana-mana pengarah di Malaysia lagi. Ia mampu menarik perhatian orang
ramai termasuklah Izzy yang sanggup melihat dua versi yang berbeza. Dari segi
jalan cerita, sangat menarik kerana memiliki dua jalan pengakhiran yang berbeza
dan sedikit tergantung bagi membolehkan penonton untuk berfikir dan
mengeluarkan pelbagai teori yang akhirnya membuat orang lain tertanya-tanya dan
ingin menonton filem tersebut. Lagi satu tema yang ingin diketengahkan itu
sememangnya tema kegemaran Izzy iaitu seram dan misteri. Cuma yang boleh
diperbaharui ialah dari segi trailer kerana bagi Izzy yang sememangnya
penggemar cerita seram agak kurang menarik dan Izzy terus mempunyai persepsi
bahawa filem ini sama sahaja seperti filem seram Malaysia yang lain. Pihak
produksi perlu akui bahawa kejayaan filem ini kerana kuasa media social atau
viral penonton yang menyaksikan filem ini. Akhir sekali, cerita ini sememangnya
berbeza berbanding cerita seram yang lain kerana terdapat elemen misteri yang
membuatkan kita tertanya-tanya selain memiliki jalan pengakhiran yang berbeza.
Lagu Pilihan : Piri daripada Dreamcatcher
I’m creepin’
in your heart, babe
I’ll flip
you over, break you down and swallow you up
I’ll steal
you and indulge in you
I’m gonna mess
you up
I’m engraved
in your heart
So even if I die, I’ll live forever
EXO
With Love, I.
No comments:
Post a Comment