Thursday, March 7, 2019

Chapter 5 : Jogging


“Every day I feel is a blessing from God. And I consider it a new beginning. Yeah, everything is beautiful”
Prince

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari perkongsian Izzy adalah tentang aktiviti yang selalu Izzy buat pada waktu petang iaitu jogging atau berjalan sebenarnya dalam istilah Izzy. Sebab memang berjalan pun sambil berborak-borak dan menikmati pemandangan UKM.

Selalunya ni rutin setiap petang tapi sekarang makin sibuk dan kuranglah berjalan pusing-pusing UKM ni. Lepas solat Asar dalam pukul 5 petang Izzy mula bergerak dengan kawan Izzy yang selalu teman Izzy iaitu Adirah. Mula-mula nak jogging tu memang susah sikit sebab cepat rasa penat tetapi lama-lama dah terbiasa. Biasanya kiteorang akan jogging sampai pukul 6:45 petang. Kalau dah lewat biasanya akan naik bas (lagi cepat dan efisien).





Varcity Run

Selain berjoging petang-petang tu kitaorang selalu masuk larian yang diadakan dekat UKM ni. Antaranya Varcity Run yang diadakan pada 20 April 2019. Larian ini dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki dan turut disertai oleh pengajur lain iaitu Nestle, Gardenia dan banyak lagi. Larian ini menawarkan tiga katogeri iaitu 15 KM, 10 KM dan 5 KM. Izzy semestinya masuk katogeri 5 KM. Sedar kemampuan diri kita. Larian bermula seawal 7:30 pagi dan dijangka habis pada pukul 9:30 pagi. Selepas berjaya menamatkan larian, kami menerima pingat dan sarapan. Penat tu memang tak dapat dinafikan tetapi perasaan seronok dan gembira turut Izzy rasai juga.

Bersama Rakan

Sekitar Varcity Run



Antara larian lain yang Izzy pernah masuk:

Go Green Fun Run

Carousel Virtual Run

MFPC Financial Freedom Fun Run 2018


Lagu Pilihan : Energetic daripada Wanna One
                          (https://www.youtube.com/watch?v=EVaV7AwqBWg)


“Teacher told me
To have fun whether I’m playing or working
Yes, that's why I shined even more
This hotness, this newness, it’s mine”
Red Velvet

With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...