“Idea
seperti hantu mesti dibicarakan sedikit sebelum ia akan menjelaskannya sendiri”
Charles Dickens
Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ni Izzy nak
berkongsi tentang legenda urban yang terdapat di dunia. Legenda urban bermaksud
ialah kisah yang disampaikan pada masa kini yang asalnya tidak jelas dan tiada
bukti atau buktinya sangat lemah, disebarkan secara spontan dalam pelbagai
bentuk dan sering kali mengandungi unsur-unsur humor, moral atau menakutkan.
Izzy akan berkongsi tiga legenda urban yang menjadi kegemaran Izzy.
Japan
Kuchisake-onna atau digelar "Slit Mouth Woman") adalah
merupakan legenda urban yang terkenal di Jepun pada suatu masa dahulu. Dia
digambarkan sebagai wanita yang bertopeng dan memakai jaket coklat yang
menghampiri orang dan bertanya kepada mereka jika mereka percaya bahawa dia seorang
yang cantik. Jika mereka mengatakan "tidak", dia akan membunuh mereka
dengan gunting. Jika mereka berkata "ya", dia akan mengambil topeng
dan bertanya lagi. Jika mereka berkata "ya" sekali lagi, dia memotong
mulut mereka seperti dirinya, tetapi jika mereka berkata "tidak" dia
memotong mereka menjadi separuh. Tetapi ada cara untuk menipu dia; Sebagai
contoh, apabila dia bertanya "Adakah saya cantik?” anda perlu menjawab
“biasa-biasa sahaja" akan mengelirukannya lalu memberikan peluang kepada anda untuk melarikan
diri.
Khabar angin ini mula menyebar pada tahun 1979 di sekitar
Wilayah Nagasaki sebuah daerah di Jepun, yang menyebabkan panik di banyak
bandar. Terdapat laporan sekolah yang membenarkan anak-anak pulang ke rumah
hanya dalam kumpulan dan dikawal oleh guru untuk keselamatan serta pihak polis telah
meningkatkan rondaan mereka. Selain itu, terdapat penemuan baru termasuk banyak
laporan di Korea Selatan pada tahun 2004 tentang seorang wanita yang memakai
topeng yang sering dilihat mengejar anak-anak.
Gambaran Kuchisake-Onna
Latar belakang
Kuchisake-Onna
merupakan seorang wanita muda yang cantik yang tinggal di sebuah kampung di
Jepun. Dia akan berjalan di sekitar kampung dan bertanya kepada penduduk
setempat "Adakah saya cantik?” Lalu mereka akan menjawab "Ya"
dengan sangat bersemangat. Ini menjadikan dia sangat yakin akan dirinya dan
berjaya mengahwini seorang samurai pintar. Namun, dia mempunyai hubungan dengan seorang prajurit yang mulia
tanpa pengetahuan suaminya. Apabila hubungan tersebut terbongkar, suaminya
sangat marah lalu pergi ke dapur untuk mengambil sepasang gunting dan memotong
mulutnya dari telinga ke telinga yang membuatnya tidak lagi cantik. Tidak lama
selepas itu, dia mati dengan membunuh dirinya menggunakan sepucuk pistol di
atas sebuah jambatan.
Mexico
Legenda La
Llorona atau Wanita Penyihir, telah menjadi sebahagian dari budaya Hispanik di
Barat Daya. La Llorona dikatakan diberkati dengan kecantikan semula jadi dan
rambut hitam yang mengalir panjang. Memakai gaun putih, dia melalui sungai dan
anak sungai, meraung ketika waktu malam dan mencari anak-anak untuk membawa dan
melemaskan mereka ke dalam sungai.
Gambaran La Llorona
Latar Belakang
Mengikut
legenda setempat, La Llorana atau Maria merupakan seorang wanita yang cantik
dan telah berkahwin dengan seorang saudagar kaya. Hasil daripada perkahwinan
mereka, telah dikurniakan dengan dua orang anak yang sangat cantik rupa
parasnya dan berperibadi mulia. Namun begitu, setelah dikurniakan dua orang
anak, sikap suaminya mula berubah menjadi seorang pemabuk dan jugak kaki
perempuan. Suaminya mula tidak mengedahkan Maria bahkan pernah menyatakan
hasrat dia untuk meninggalkan Maria. Setelah itu, suaminya tidak pulang lagi
kerumah setelah lama pergi berdagang menyebabkan Maria bersedih.
Suatu hari,
ketika Maria sedang bersiar-siar di tepi sungai bersama-sama anaknya, mereka
telah didatangani dengan sebuah kereta kuda. Penunggang kereta kuda tersebut
merupakan suaminya bersama dengan seorang perempuan yang lebih cantik dan muda
daripada Maria. Suaminya memberhentikan kereta kuda tersebut dan memeluk anak-anaknya
tanpa menghiraukann Maria yang berada disitu. Disebabkan rasa dendam terhadap
suaminya, Maria telah melemaskan anak-anaknya tanpa disedari. Setelah itu, dia
mula rasa menyesal terhadap perbuatannya dan mula merayau di sekitar kawasan
sungai pada waktu petang sambil meraung mencari anaknya. Keadaan fizikal dan
mental yang makin tidak terurus menyebabkan dia mati. Rohnya yang dikatakan
tidak diterima oleh bumi mula merayau di sekitar kawasan sungai atau anak
sungai dan menghantui kawasan tersebut.
Czech
Republik dan Slovakia
Di Republik
Czech dan Slovakia kanak-kanak ditakutkan oleh Bubák iaitu makhluk tanpa bentuk
fizikal tetapi sering digambarkan sebagai orang-orang yang berkaitan dengan
kegelapan dan tempat-tempat menakutkan. Dalam kisah dan cerita rakyat Czech, sering
disamakan dengan “bogeyman” iaitu makhluk halus yang menjadi kepercayaan rakyat
Barat Eropah dan Amerika. Ia biasanya digambarkan sebagai makhluk yang
menyerupai menyerupai orang berkulit hitam, dan boleh menangis seperti bayi
yang tidak bersalah dan tidak dilindungi untuk menarik perhatian mangsa kepada
kematian mereka. Beberapa kisah yang paling popular tentang Bubák berlaku pada
malam bulan purnama, iaitu ketika Bubák seharusnya menyusun kain dari jiwa
orang-orang yang perlu dibunuh olehnya. Dia akan bergerak di antara alam
kematian dan hidup dengan memandu kereta yang ditarik oleh kucing hitam.
Gambaran Bubak
“They keep
saying I can't look at it
I just want
something thrilling
Empty people’s dream is boring”
Dreamcatcher
With Love, I.
No comments:
Post a Comment