Saturday, May 25, 2019

Chapter 27: Me & Myself


"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every day is going to be a good day, that's just the way it is!" 
Dita Von Teese



Assalamualaikum dan selamat pagi. Untuk postingan yang terakhir ini lebih kepada pengenalan sedikit tentang diri Izzy. Sebab baru perasan yang Izzy kurang berkongsi dengan korang semua siapa diri Izzy ini. Mari kita mulakan perkenalan ini.

Personaliti Diri
Setelah mengambil ujian diri secara atas talian Izzy dapati diri Izzy ini seseorang yang phlegmatic. Phlegmatic ini merupakan seorang yang introvert. Mereka yang phlegmatic ini biasanya susah nak dekati orang dulu. Dia akan tunggu orang lain untuk dekati diri dia dulu baru dia berborak dengan orang tersebut . Phlegmatic ini yang bestnya dia jenis yang sangat merendah diri (yang ini Izzy tak berapa pasti sebab ini hanyalah rujukan daripada pencarian yang Izzy jumpa di Google). Kiranya, kalau kau kawan dengan orang yang jenis phlegmatic ini, kau kira beruntunglah sebab diorang jenis yang boleh diharap. Cuma bagi Izzy, korang kena pimpin orang macam ini bukan hanya mengharap. Sebab Izzy memang tak suka mengarah tetapi kalau ada pembahagian kerja yang betul dan jelas Izzy boleh lakukan. Walaupun phlegmatic ini introvert, tapi dia masih mudah didekati and orang jenis ini dia bersahaja. Mereka ini juga bukan jenis yang suka menyakiti hati orang lain, senang cerita bila dia bercakap tu dia akan fikirkan dahulu perasaan orang lain. Tetapi cara Izzy lebih senang, kalau orang tu tiada rasa hormat pada Izzy, pun akan buat macam tu balik. Bukan apa, buat apa bekerjasama dengan orang yang tak suka bekerjasama dengan kita.

Selain itu, mereka yang phlegmatic ini lebih suka memendam perasaan kepada diri mereka sendiri.Orang yang phlegmatic ni memang dia simpan perasaan dia. Bahaya sebenarnya jenis macam ini sebab walaupun dia nampak bersahaja, tapi kita tak tahu dalam diri dia macam mana. Susah kita nak jangka orang yang jenis phlegmatic. Orang yang jenis Phlegmatic ini memang jenis yang bijak  dan tak suka konflik. Mereka lebih suka hidup dalam ketenangan sebab itu kalau boleh diorang ini cuba hindar dari sebarang konflik. Izzy setuju sebab alasan Izzy seseorang yang suka pendam perasan kerana Izzy tidak selalu rasakan kalau kita luahkan pada orang yang tidak rapat, bukan dapat bantu kita selesaikan masalah. Izzy lebih terbuka kepada yang betul-betul rapat dengan Izzy. Izzy pun kalau boleh nak hindari konflik. Cara Izzy, marah macam mana pun pada seseorang walaupun berpunca daripada orangg tersebut tetapi Izzy akan mudah rasa tak sedap hati dan akan letak kesalahan tu keatas Izzy pula. Sebab itu, Izzy jika memilih untuk lakukan sesuatu tidak kira kerja atau berseronok lebih memilih untuk melakukan secara berseorang. Tiada yang sakit hati dan kita pun lebih puas.


Rutin Seharian Saya


Mendengar Musik
Memang selalunya Izzy habiskan waktu dengan dengar lagu tak kira apa jenis genre. Asalkan lagu tersebut sedap dan kena dengan selera, tak kisahlah popular atau tak Izzy memang boleh mendengar berulang kali

Menonton Filem atau Drama
Seperti di atas, jika banyak masa yang terluang Izzy memang habiskan masa menonton filem atau drama. Kadang-kadang boleh seharian tak keluar bilik semata-mata nak habiskan drama.

Membaca Buku
Izzy memang penggemar apa jenis buku yang mempunyai pelbagai genre. Tetapi kebanyakan genre pilihan Izzy lebih kepada seram, misteri dan penyiasatan. Antara jenama kegemaran ialah Fixi dan Lejen.

Selamat Hari Raya!

Lagu pilihan: Ice Cream Cake daripada Red Velvet
                    (https://www.youtube.com/watch?v=glXgSSOKlls)

"This feeling is more than a ruby (more than a ruby)
Like the sparkling that I’m feeling
If you’re being drawn, then be driven by it no-no-now
Right this moment no-no-now
I don’t wanna make it blue
Imagine it, your la vie en rose"
IZONE

With Love, I.

Thursday, May 23, 2019

Chapter 26: Final Exam dan Raya


"The Vietnam War was a great tragedy for our country. And it is now far enough away so that one can study without using the slogans to see what's really happened."
Henry Kissinger


Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ni sedikit perkongsian untuk persiapan peperiksaan semester 2 dan juga untuk menyambut Hari Raya. Memandangkan pada tahun ini UKM telah menetapkan tarikh peperiksaan dalam minggu beraya sememangnya agak kelam-kabut bagi seorang insan yang bernama Izzy.

Persiapan Peperiksaan
Sasaran Izzy untuk tidak bawa buku terlalu banyak sebab jika pulang kerumah memang sukar sangat nak ulangkaji. Apatah lagi pulang untuk beraya. Jadi pada minggu yang terakhir ini Izzy banyak buat nota ringkas supaya mudah untuk dibaca dan mana tahu boleh selit-selit masa beraya.Insyaallah. Untuk subjek yang kurang memerlukan pembacaan Izzy tidak beratkan lagi dalam minggu terakhir sebelum cuti beraya. Sebab subjek yang memerlukan pembacaan ini lebih sukar kerana soalan banyak bermain dengan pemahaman dan juga fakta. Subjek yang melibatkan pengiraan Izzy banyak buat latihan sikit-sikit. Takut sebenarnya untuk menghadapi peperiksaan semester 2 kali sebab Izzy terlalu sibuk dengan penglibatan diri dalam aktiviti kolej dan banyak juga bermain ketika belajar.

Selain itu, Izzy manfaat bulan Ramdadhan ini untuk beribadat lebih. Lebih banyak lakukan solat sunat berbanding bulan-bulan lepas. Dan dalam bulan Ramadhan ini lebih banyak masa kerana kita kurang makan dan bermain untuk jimat tenaga. Jadi banyak habiskan masa untuk siapkan mana-mana tugasan yang belum siap dan masa untuk kerahkan tenaga ini lebih-lebih lagi mental ini untuk ulangkaji.

Persiapan untuk Beraya
Percaya atau tidak Izzy tidak buat sebarang persiapan pun. Yang keluar hari itu, Izzy sempatlah berbelanja beli tudung 2 helai. Baju raya tak beli lagi sebab mama cakap nanti kita beli-belah sama-sama lepas Izzy habis kelas.  Tengoklah dalam minggu ini rasanya. Kalau tidak tiadalah baju raya baru untuk Izzy. Cuma pesan Izzy pada diri sendiri dan yang lain jangan kita berbelanja secara berlebihan sebab ingat lepas raya nanti lagi banyak wang akan digunakan terutamanya ketika masa kecemasan. Insyaallah, kita berdoa semoga dijauhi daripada melakukan pembaziran.

Perkongsian hari ini lebih pendek kerana Izzy kekurangan idea dan penulisan hari ini hanya nak bertanyakan khabar korang sambil memenuhi masa Izzy yang agak kosong sekarang. Izzy akhiri dengan ucapan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Lagu Pilihan: Senorita daripada (G)I-DLE
                     (https://www.youtube.com/watch?v=2cevbhEqQF4)

"Walking the many and unknowable paths,
I follow a dim light.
It’s something we’ll do together to the end,
into the new world."
SNSD


With Love, I.

Monday, May 20, 2019

Chapter 25: Hangout


"Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom."
Marcel Proust

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini perkongsian Izzy tentang hari jalan-jalan tanpa cari makan bersama dengan rakan-rakan. Kenapa panggil nama macam itu? Sebab kami keluar ketika bulan puasa dan boleh dikatakan jalan-jalan kali ini lebih kurang macam membeli-belah untuk baju raya. Izzy menemani rakan-rakan Izzy iaitu Khalida dan Nina untuk membeli-belah memandangkan tidak lama lagi kami akan pulang untuk cuti raya.

Kami menaiki Grab untuk ke stesen MRT Kajang. Lebih cepat dan lebih mudah. Sampai sahaja di stesen MRT Kajang kami menaikinya sehingga ke stesen Merdeka yang merupakan pertukaran laluan LRT Sentul Timur. Selepas itu, kami naik LRT dari Plaza Rakyat sehingga ke Bandaraya. Seterusnya, kami berjalan kami menuju ke Jalan Tar untuk membeli-belah. Pada mulanya, kurang sesak dengan orang ramai tetapi selepas masuk waktu Zohor, Jalan Tar terus dipenuhi dengan orang ramai. Memandangkan sudah bermula cuti sekolah, kemungkinan ramai yang ingin membeli-belah dan mengambil kesempatan untuk pulang awal ke kampong halaman.

Kami singgah ke beberapa kedai untuk melihat baju kurung dan baju melayu memandang Nina perlu membeli baju raya buat ahli keluarganya. Terdapat beberapa variasi pilihan yang sememangnya membuat kita semua rambang mata. Setelah melihat dan memasuki beberapa kedai, akhirnya kami berhenti di sebuab kedai untuk melihat baju melayu.

Pada mulanya, untuk memilih baju melayu buat abang Nina agak sukar kerana kurang pasti dengan saiz yang perlu dipilih. Setelah berbincang dengan abangnya melalui aplikasi Whatssap kami bersetuju untuk membeli baju tersebut. Perhentian seterusnya, mencari baju Kurta buat ayah Nina. Terlalu banyak pilihan tetapi tidak mampu menempati pilihan hati Nina kerana harga yang terlalu mahal dan kain yang kurang berkualiti. Setelah puas, pusing-pusing akhirnya singgah di satu gerai yang menawarkan baju Kurta yang menarik. Setelah tawar-menawar, akhir persetujuan dapat dicapai Nina pun membuat keputusan untuk membelinya.

Setelah selesai membeli-belah, kami bergerak semula ke stesen LRT untuk berhenti solat di stesen MRT memandangkan tempat solat yang disediakan oleh pusat membeli-belah Sogo dipenuhi dengan orang ramai. Setelah selesai solat, kami menaiki MRT dan berhenti di stesen Cochrane untuk berbuka puasa. Di Cochrane, kami memasuki pusat membeli-belah MyTown Cheras untuk mencari juadah berbuka puasa. Setelah selesai berbuka puasa dan solat Maghrib kami pulang ke UKM dan sampai di kolej sekitar jam 10:30 malam.

Perjalanan pada hari ini sangat memenatkan tetapi dapat membantu dan menemani Nina membeli-belah bagi pihak keluarganya sangat menyenangkan. Alhamdulillah, kami berbelanja seadanya pada hari ini dan tidak membazirkan wang yang begitu banyak.





Lagu Pilihan: You Are the Reason daripada Calum Scott
                     (https://www.youtube.com/watch?v=ShZ978fBl6Y)

"When this rain falls on my head
I’ll get all wet even my heart
Stay with me I still can’t be
In the rain alone without you"
I.O.I

With Love, I.





Thursday, May 16, 2019

Chapter 24: Festival Musik


"Music is a moral law. It gives soul to the universe, wings to the mind, flight to the imagination, and charm and gaiety to life and to everything." 
Plato

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini perkongsian Izzy melibatkan antara acara atau festival musik terbesar dan menarik yang mampu menarik perhatian pelancong daripada serata negara. Festival musik merupakan sebuahh acara yang diatur khas untuk pencinta musik melibatkan beberapa ahli musik, penyanyi dan penghibur. Kebiasaanyan, acara atau festival musik ini akan bertahan untuk beberapa hari. Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak penganjur seperti gerai-gerai makanan dan tempat penginapan.

Coachella
Coachella telah berjaya bertahan sebagai festival musik yang mengagumkan dan antara terbesar di dunia. Dimulai dari konser pop pada tahun 1999 sehinggalah sekarang telah berjaya menampilkan 176 pertunjukkan, selama dua tahun berturut-turut. Deretan artis yang dijemput datang daripada berbagai genre yang merupakan jaminan bahwa pengalaman menghadiri Coachella menjadi tidak boleh dilupakan. Ini dibuktikan dengan Coachella menjadi festival yang sering dihadiri oleh para selebriti serta fashion blogger ternama dunia. Jangan lupakan juga kesempatan untuk menyaksikan pemuzik-pemuzik lagenda yang sering tampil kembali di Coachella, mulai dari Guns N' Roses yang tampil kembali dengan formasi asli hingga grup rap legendaris NWA yang tampil dengan personel allstar-nya.



WonderFruit Festival
Sebuah festival yang bertemakan perkhemahan selama 4 hari di Thailand adalah sesuatu yang istimewa dan menjadi antara perayaan terbaik di seluruh Asia. Tempat yang dianjurkan sangat  indah dan terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dari Pattaya. Muzik campuran pelbagai yang padat dan merangkumi beberapa genre, serta pesta tanpa henti merupakan apa yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Sekiranya anda melakukan perjalanan ke Asia Tenggara pada bulan Disember, maka anda harus menambahkannya ke jadual perjalanan anda di Thailand.



Dream Concert
Untuk peminat musik Kpop di luar sana, Dream Concert adalah acara yang wajib korang semua hadiri. Dianggap sebagai acara nombor satu untuk peminat Kpop di Korea, konsert ini sering bertempat di Seoul pada setiap tahun, sejak tahun 1995. Sering menampilkan artis-artis Kpop yang terkenal seperti BTS, EXO, Twice dan ramai lagi yang membuatkan pengujungnya tidak akan menyesal.



Glastonbury Festival
Glastonbury Festival adalah salah satu festival musik paling populer di dunia yang berasal dari Inggris atau British. Bermula sejak tahun 1970 telah menjadi festival musik terbesar dan seni pertunjukan festival di dunia. Glastonbury Festival adalah festival wajib bagi para pecinta musik Britpop atau Britrock. Festival yang dianjurkan setelah kematian Jimi Hendrix ini memiliki berbagai pertunjukkan sarkas dan teater. Mereka juga menggelar Dance Village dan festival percuma terbesar negara itu.



Helena Beach Festival
Festival ini menumpukan kepada muzik elektronik dan hip-hop yang kuat turut memaparkan beberapa nama muzik rap Jerman yang paling dikenali serta bintang kebangsaan dan rock. Kepelbagaian ini dicerminkan dalam perayaan festival, bermula daripada hip-hop sardonik K.I.Z dan indie rock Sportfreunde Stiller hingga ke Techno bawah tanah Pan-Pot dan rumah musim panas sejuk Alle Farben.


sumber:https://www.festicket.com/magazine/features/top-20-music-festivals-  germany/ dan https://www.jonesaroundtheworld.com/music-festivals-in-asia/

Lagu Pilihan: Dancing with Stranger daripada Sam Smith ft Normani
                    (https://www.youtube.com/watch?v=av5JD1dfj_c)

"It's getting late, I'm making my way over to my favorite place

I gotta get my body moving, shake the stress away"
Rihanna

With Love, I.

Sunday, May 12, 2019

Chapter 23: Bermusafir di Bulan Ramadhan


Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis Diriwayatkan oleh Tarmizi)


Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini mari ini berkongsi tentang perjalanan Izzy dan rakan-rakan dalam bermusafir di bulan Ramadhan. Kami merancang aktiviti seminggu sebelum puasa untuk mencari ketenangan dan menyegarkan minda setelah lama tidak keluar dari UKM. Kami merancang untuk melakukan aktiviti ini pada minggu pertama puasa iaitu pada tarikh 10 hingga 11 May (Jumaat dan Sabtu) untuk ke Melaka.

Pada tarikh yang dinanti-nantikan kami bergerak dengan menyewa kereta kelisa pada pukul 11:00 malam. Kami merancang untuk bergerak ke ICT Shah Alam. Kami sampai agak lewat dan hanya sempat untuk mengambil gambar kenangan dan pusing-pusing di sekitar ICT tersebut. Selepas itu, kami bergerak semula untuk ke Melaka.

Pada pukul 3:30 pagi kami berhenti berehat di R&R jejantas Ayer Keroh. Kami tidur sebentar di surau yang disediakan oleh pihak R&R. Setelah tidur selama sejam kami bangun dan solat tahajud sebelum sahur di gerai-gerai yang disediakan. Setelah selesai bersahur kami bergerak semula dan pada pukul 6:15 pagi kami sampai di masjid Selat Melaka untuk solat Subuh dan membersihkan diri.
Setelah selesai, kami bergerak ke Kota Melaka untuk ke A Famosa dan melawat muzium setempat. Mendaki Kota A Famosa tu sangat mencabar memandangkan kawasannya yang sedikit berbukit dan tinggi. Setelah penat mendaki kami, menikmati pemandangan yang sangat menarik kerana kami boleh melihat hampir keseluruhan Kota Melaka dari pandangan atas bukit.

Setelah puas bergambar dan melihat kawasan sekeliling, kami turun dan melawat beberapa muzium. Muzium yang paling menarik perhatian ialah Muzium Rakyat. Muzium itu terdapat tiga bahagian iaitu Budaya Masyarakat di Malaysia, Permainan Tradisional dan Kepercayaan Kecantikan Kaun Minoriti di Dunia. Bahagian yang menceritakan kepercayaan kecantikan tersebut sangat menarik perhatian Izzy. Antara kepercayaan mereka ialah perempuan suku Mursi di Ethiopia memakai piring di mulut mereka, sebagai simbol kecantikan dan “Foot Binding” adalah adat yang diamalkan oleh masyarakat China zaman dulu.

Setelah penat berjalan di sekitar Kota Melaka, kami mencari masjid terdekat untuk solat dan berehat. Kami bergerak semula selepas solat Asar dan singgah di bazar Ramadhan Masjid Tanah untuk membeli juadah berbuka puasa. Aktiviti kemuncak kami ialah berbuka di kawasan pantai puteri Melaka. Sambil menikmati juadah berbuka puasa kami turut sempat menikmati suasana matahari terbenam. Setelah selesai berbuka, kami solat di masjid berdekatan dan bertolak pulang.Walaupun penat, tetapi perjalanan yang kami rancang ini mengajar kami tentang kebesaran yang Allah S.W.T kurniakan. Banyak pemandangan dan keindahan alam sekitar yang dapat kami lihat. Izzy akhir dengan ucapan Selamat Berpuasa rakan-rakan

Bergambar sebelum berbuka puasa

Pemandangan Matahari Terbenam

Lagu Pilihan: Ya Habibal Qolbi daripada Sabyan
                     (https://www.youtube.com/watch?v=8g_wa06LlCA)

"Rahman ya Rahman,
Bantulah aku ya Rahman"
Sabyan

With Love, I.

Sunday, May 5, 2019

Chapter 22 : Ramadhan Al Mubarak


“Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa…” 
Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum dan selamat malam. Hari perkongsian Izzy adalah berkisah tentang bulan Ramadhan yang mulia. Kita tidak lama lagi bakal menyambut bulan Ramadhan. Jadi bersedialah fisikal dan mental untuk beribadat dalam bulan mulia ini. Izzy ada membaca sebuah blog yang menyatakan bahawa Allah S.W.T menjadikan bulan Ramadhan ini kerana tahu pahala hambanya pada bulan yang lain tidak dapat menampung dosa yang mereka lakukan. Kita dapat lihat betapa kasihnya Allah S.W.T kepada hanmbaNya. Bulan Ramadhan ini diwujudkan supaya kita beribadat kepadaNya kerana amalan yang baik dan mulia yang dilakuakan dilipatkan gandakan pahalanya sebagai ganjaran kepada si pelaku. Oleh itu rakan-rakan ayuh kita beribadat dan menjaga amalan serta perilaku kita di bulan Ramadhan ini semoga tidak menjadi sia-sia.  Jadi disini Izzy ingin berkongsi beberapa amalan ketika Ramadhan.



Amalan Bulan Ramadhan

 Sahur
Jangan kita ingat tentang berbuka sahaja. Sahur itu penting supaya kita memperoleh tenaga di siang hari untuk menjalani ibadah puasa. Walaupun tiada hukum yang wajib tetapi tidak salahkan jika kita bangun sahur. Ketika sahur ingat jangan makan terlalu banyak kerana risau sekiranya makan berlebihan mengakibat kita mudah sakit perut dan mengantuk di siang hari. Kawal jenis makanan yang kita ambil supaya sesuai dengan perut dan tidak mendatangkan masalah untuk berpuasa. Seeloknya jangan ambil makanan yang terlampau berat dan berisiko mendatang kesakitan kepada badan kita. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Umatku terus berada dalam kebaikan, selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.” (Hadis Riwayat Iman Ahmad)

Solat Sunat
Di sini Izzy nak kongsikan solat tarawih yang memang rugi kalau tinggalkan kerana amalan ini hanya ada ketika bulan Ramadhan sahaja. Dalam melaksanakan amalan ini lakukan mengikut keupayaan kita. Jangan terlalu memaksa diri. Contohnya, sekiranya tidak mampu melaksanakan 20 rakaat solat tarawih, laksnakan hanya 8 rakaat sahaja. Lepas itu jangan lupa solat witir sekali. Bagi solat sunat lain yang boleh kita lakukan ialah solat sunatt tahajud, solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Insyallah setiap amalan yang kita laksnanakan ini akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan karena iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759). Yang dimaksud qiyam Ramadhan adalah solat tarawih sebagaimana yang dituturkan oleh An Nawawi. (Syarh Muslim, 3/101)

 Derma
Akhir sekali, Izzy akhir perkongsian ini dengan derma. Jika kita tidak mampu menderma pada bulan-bulan terdahulu. Jadi mari kita amalkan perbuatan ini pada bulan Ramadhan ini. Tidak perlu menderma dengan jumlah yang banyak hanya mengikut keperluan. Contohnya, RM 1 sehari. Apabila sudah terbiasa di menderma di bulan Ramadhan ini, insyaallah apabila berakhir Ramadhan kita masih tetap menderma. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Insyaallah kita semua akan rajin dalam beribadat di bulan Ramadhan ini dan sama-sama mendapat kerahmatan dan keseronokan dalam menjalani ibadah puasa. Pesan Izzy jangan lupa niat puasa ye rakan-rakan.

Lagu Pilihan: Sesungguhnya daripada Alif Satar, Raihan
                     (https://www.youtube.com/watch?v=Zhz8zfARURE)

“Seluruh bumi ini akan terasa sempit

Jika kita hidup tanpa toleransi
Namun jika hidup dengan perasaan cinta
Meski bumi sempit kitakan bahagia"
Sabyan ft EL Alice

With Love, I.




Saturday, May 4, 2019

Chapter 21: Signal


"Punishment is not for revenge, but to lessen crime and reform the criminal."
Elizabeth Fry

Assalamuaalaikum dan selamat pagi. Hari ini Izzy ingin berkongsi sebuah ulasan terhadap salah satu drama Korea yang menjadi antara drama kegemaran Izzy. Drama ini bertajuk “Signal” yang dibintangi antara pelakon Korea yang terkenal seperti Kim Hye Soo, Jo Jin Woong, Lee Jee Hoon dan ramai lagi. Sebenarnya alasan Izzy ulas drama ni sebab ramai nak tahu apa perbezaan antara drama ini dan drama “Tunnel”. Mari Izzy kongsikan. Drama ini yang berbeza ialah watak yang digunakan tetapi masih mengangkat tema, jalan cerita dan peredaran waktu yang sama. Namun, bagi Izzy jalan cerita drama ini kurang fokus kepada kes pembunuhan Hwaseong tetapi banyak fokus kepada kes-kes lama yang tidak dapat diselesaikan.

Poster Rasmi Signal


Sinopsis Ringkas:

Drama ini mengangkat tema jenayah dan misteri. Ia mengisahkan bagaimana seorang dektektif di masa lalu mampu berhubung melalui walkie-talkie dengan seorang polis yang bertugas sebagai profiler penjenayah. Berdasarkan misteri pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan, tiga orang detektif dari tahun 1989 dan 2015 melampaui masa untuk mencari kebenaran dan keadilan. Menggabungkan kekuatan pandangan jauh dan meninjau, mereka memecahkan satu persatu kes-kes lama yang tidak dapat diselesaikan bagi mengubah masa lalu dan masa kini tanpa akibat yang tidak diingini.

Lee Jae Han

Merupakan seorang detektif di masa lampau yang meminta bantuan seorang anggota polis di masa hadapan. Detektif Lee telah berhubung dengan Park Hae Young melalui sebuah walkie-talkie lama miliknya. Park Hae Young menjumpai walkie-talkie tersebut di dalam timbunan sampah. Lee Jae Han banyak membantu dalam menyelesaikan kes-kes lama.

Park Hae Young

Merupakan seorang profiler penjenayah yang baru sahaja dihantar bertugas ke balai polis baharu. Hubungannya dengan rakan sekerja yang lain kurang baik terutama dengan detektif Cha Soo Hyun. Dia sangat membenci pihak polis kerana merasakan mereka ini sering bertindak mengikut kepenting individu tertentu sahaja. Alasannya bekerja sebagai seorang anggota polis adalah untuk mencari kebenaran terhadap kematian abangnya dahulu.

Cha Soo Hyun

Merupakan seorang detektif yang pernah bekerja dengan detektif Lee pada suatu masa dahulu telah ditugaskan menjadi ketua untuk pasukan kes-kes lama. Dengan bantuan detektif Lee dan kecekapan Lee Jae Han, dia mampu membawa pasukan itu ke jalan yang tepat.

Kes-kes Lama yang Diinspirasikan

Ø  Kes Pembunuhan Hwaseong
Penulis telah terinspirasi dengan kisah pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai Pembuhanan Hwaseong yang berlaku sekitar tahun 1986 hingga 1991.  Wanita-wanita yang berumur antara 14 hingga 71 tahun, masing-masing dijumpai dalam keadaan yang sadis, dirogol dan dibunuh selama tempoh empat tahun dan tujuh bulan di bandar pedalaman Hwaseong di daerah Gyeonggi. Setiap wanita tersebut dicekik mati dengan pakaiannya sendiri. Namun begitu, kes tersebut telah ditarik balik pada bulan Julai 2015 oleh Dewan Negara disebabkan oleh undang-undang batasan untuk pembunuhan di Korea Selatan adalah lima belas tahun. Undang-undang untuk pembunuhan telah tamat pada 2 April 2006. Sehingga sekarang pembunuh masih tidak dijumpai walaupun banyak petunjuk yang mengelirukan dijumpai.

Ø  Jambatan Seongsu 1994
Jambatan Seongsu ialah sebuah jambatan di Sungai Han, Seoul, Korea Selatan. Jambatan ini menghubungkan daerah Seongdong dan Gangnam. Jambatan ini telah siap pada tahun 1979 dan panjangnya ialah 1160 m. Ia menjadi terkenal apabila ia runtuh pada 21 Oktober 1994. Jambatan itu runtuh pada awal pagi apabila salah satu tapak konkrit roboh kerana kegagalan struktur penggantungannya. Kegagalan struktur ini disebabkan oleh kimpalan yang tidak wajar pada keluli struktur penggantungan yang berada di bawah jalan lorong konkrit. Seramai 32 orang maut dan 17 orang cedera dalam kemalangan itu.

Kisah ini sangat menarik kerana terinspirasi dengan kisah sebenar dan mempunyai jalan cerita yang berada di luar jangkaan penonton. Kisah ini menjadi simbolik ke warga Korea Selatan sebagai tanda ingatan kepada para mangsa dengan harapan jalan pengakhiran yang direka oleh penulis mampu menenangkan keluarga mangsa. Sebenarnya banyak lagi drama korea yang mengangkat kisah ini seperti Memories of Murder dan Criminals Mind.  Sememangnya, Izzy mengajak korang semua untuk melihat cerita ini kerana bukan sahaja mempunyai tema pembunuhan tetapi mengakat juga tema kekeluargaan.

Lagu Pilihan: Little Did You Know daripada Alex & Sierra
                     (https://www.youtube.com/watch?v=4bzIpYiPUUo)

"Look at me look at me now


                  You are burning me up like this
                  I can’t turn it off"
                  Blackpink

With Love, I.

Wednesday, May 1, 2019

Chapter 20 : MG2KM : "Glorious Within the Time"

"Obsessed by a fairy tale, we spend our lives searching for a magic door and a lost kingdom of peace"
Eugene O'Neill

Malam Gala Keris Mas (MG2KM) merupakan satu acara tahunan yang sangat dinantikan oleh bangsa Keris Mas. Sememangnya sudah menjadi tradisi MG2KM pada tahun ini mengangkat tema Vintage Kingdom : Glorious Within the Time. MG2KM pada tahun ini dilangsungkan selama 2 hari yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Peranan Izzy kali ini sememangnya menjalankan tugas sebagai seorang ahli protokol. Umum diketahui, protokol berperanan untuk memastikan sesebuah majlis berjalan dengan lancar. Mari Izzy cerita tentang perjalanan majlis sepanjang Izzy bertugas.

Sebelum MG2KM berlangsung kami (protokol) perlu menghadiri raptai selama seminggu bersama pihak MG2KM di Dewan Besar KKM. Walaupun hanya raptai biasa tetapi Izzy selalu perlu berperanan sebagai VVIP olok olok. Sangat memenatkan sepanjang minggu raptai ini kerana kebiasaannya kami akan pulang 2 hingga 3 pagi bagi memastikan kelancaran majlis ini selama 2 hari. 
Raptai bersama rakan UPKKM


Raptai terakhir di DECTAR


Hari Pertama (Junior Day)

Hari pertama lebih meraikan kehadiran pelajar tahun 1 dan tahun 2 yang melibatkan lebih kurang seramai 350 lebih orang pelajar dan tetamu kehormat. Pada hari pertama MG2KM telah dirasmikan oleh YB Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid iaitu ADUN Kapar serta turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan iaitu Ernie Zakri. Pada hari ini Izzy bertugas sebagai runner iaitu berperanan untuk memaklumkan kehadiran para tetamu kehormat. Kami perlu menunggu di tempat letak kereta khas VVIP dan VIP serta mengenalpasti nombor plat kenderaan para tetamu bagi memudahkan tugas kami. Setelah memastikan semua tetamu telah hadir kami masuk ke dewan untuk membantu rakan protokol lain yang bertugas di dalam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah terutamanya dalam skop kerja protokol. 

Rakan rakan UPKKM


Bersama rakan SEMESTA




Hari Kedua (Senior Day)

Seperti dimaklumkan di atas, hari kedua meraikan pelajar tahun 3, pelajar tahun 4 dan pelajar Master serta PHD. Tidak banyak berbeza dengan hari pertama kecuali berlaku sedikit pertambahan persembahan dan anugerah untuk pelajar bagi meraikan mereka memandangkan mereka berada di tahun akhir. Pada hari kedua MG2KM diraikan oleh YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Jidin dan artis jemputan merupakan Khai Bahar. Kali ini Izzy bertugas sebagai usher tetamu luar atau meja. Sememangnya penat kerana perlu banyak bergerak serta perlu mengenali tetamu yang kita usher. Seperti biasa, majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama ahli protokol.

Baju Rasmi UPKKM


Rakan Karib di UPKKM


Rakan karib di UPKKM


Senior & Junior UPKKM


Selfie bersama Khai Bahar

Lagu Pilihan : "Fake Love" cover daripada Ysabelle Cuevas
                     (https://www.youtube.com/watch?v=-TZWzYEv0xw)


"The words "I love you"
Resembles you
The words "I love you"
Will never reach you"
Taeyeon


                                                                                                                            With Love, I.

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...