Saturday, May 4, 2019

Chapter 21: Signal


"Punishment is not for revenge, but to lessen crime and reform the criminal."
Elizabeth Fry

Assalamuaalaikum dan selamat pagi. Hari ini Izzy ingin berkongsi sebuah ulasan terhadap salah satu drama Korea yang menjadi antara drama kegemaran Izzy. Drama ini bertajuk “Signal” yang dibintangi antara pelakon Korea yang terkenal seperti Kim Hye Soo, Jo Jin Woong, Lee Jee Hoon dan ramai lagi. Sebenarnya alasan Izzy ulas drama ni sebab ramai nak tahu apa perbezaan antara drama ini dan drama “Tunnel”. Mari Izzy kongsikan. Drama ini yang berbeza ialah watak yang digunakan tetapi masih mengangkat tema, jalan cerita dan peredaran waktu yang sama. Namun, bagi Izzy jalan cerita drama ini kurang fokus kepada kes pembunuhan Hwaseong tetapi banyak fokus kepada kes-kes lama yang tidak dapat diselesaikan.

Poster Rasmi Signal


Sinopsis Ringkas:

Drama ini mengangkat tema jenayah dan misteri. Ia mengisahkan bagaimana seorang dektektif di masa lalu mampu berhubung melalui walkie-talkie dengan seorang polis yang bertugas sebagai profiler penjenayah. Berdasarkan misteri pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan, tiga orang detektif dari tahun 1989 dan 2015 melampaui masa untuk mencari kebenaran dan keadilan. Menggabungkan kekuatan pandangan jauh dan meninjau, mereka memecahkan satu persatu kes-kes lama yang tidak dapat diselesaikan bagi mengubah masa lalu dan masa kini tanpa akibat yang tidak diingini.

Lee Jae Han

Merupakan seorang detektif di masa lampau yang meminta bantuan seorang anggota polis di masa hadapan. Detektif Lee telah berhubung dengan Park Hae Young melalui sebuah walkie-talkie lama miliknya. Park Hae Young menjumpai walkie-talkie tersebut di dalam timbunan sampah. Lee Jae Han banyak membantu dalam menyelesaikan kes-kes lama.

Park Hae Young

Merupakan seorang profiler penjenayah yang baru sahaja dihantar bertugas ke balai polis baharu. Hubungannya dengan rakan sekerja yang lain kurang baik terutama dengan detektif Cha Soo Hyun. Dia sangat membenci pihak polis kerana merasakan mereka ini sering bertindak mengikut kepenting individu tertentu sahaja. Alasannya bekerja sebagai seorang anggota polis adalah untuk mencari kebenaran terhadap kematian abangnya dahulu.

Cha Soo Hyun

Merupakan seorang detektif yang pernah bekerja dengan detektif Lee pada suatu masa dahulu telah ditugaskan menjadi ketua untuk pasukan kes-kes lama. Dengan bantuan detektif Lee dan kecekapan Lee Jae Han, dia mampu membawa pasukan itu ke jalan yang tepat.

Kes-kes Lama yang Diinspirasikan

Ø  Kes Pembunuhan Hwaseong
Penulis telah terinspirasi dengan kisah pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai Pembuhanan Hwaseong yang berlaku sekitar tahun 1986 hingga 1991.  Wanita-wanita yang berumur antara 14 hingga 71 tahun, masing-masing dijumpai dalam keadaan yang sadis, dirogol dan dibunuh selama tempoh empat tahun dan tujuh bulan di bandar pedalaman Hwaseong di daerah Gyeonggi. Setiap wanita tersebut dicekik mati dengan pakaiannya sendiri. Namun begitu, kes tersebut telah ditarik balik pada bulan Julai 2015 oleh Dewan Negara disebabkan oleh undang-undang batasan untuk pembunuhan di Korea Selatan adalah lima belas tahun. Undang-undang untuk pembunuhan telah tamat pada 2 April 2006. Sehingga sekarang pembunuh masih tidak dijumpai walaupun banyak petunjuk yang mengelirukan dijumpai.

Ø  Jambatan Seongsu 1994
Jambatan Seongsu ialah sebuah jambatan di Sungai Han, Seoul, Korea Selatan. Jambatan ini menghubungkan daerah Seongdong dan Gangnam. Jambatan ini telah siap pada tahun 1979 dan panjangnya ialah 1160 m. Ia menjadi terkenal apabila ia runtuh pada 21 Oktober 1994. Jambatan itu runtuh pada awal pagi apabila salah satu tapak konkrit roboh kerana kegagalan struktur penggantungannya. Kegagalan struktur ini disebabkan oleh kimpalan yang tidak wajar pada keluli struktur penggantungan yang berada di bawah jalan lorong konkrit. Seramai 32 orang maut dan 17 orang cedera dalam kemalangan itu.

Kisah ini sangat menarik kerana terinspirasi dengan kisah sebenar dan mempunyai jalan cerita yang berada di luar jangkaan penonton. Kisah ini menjadi simbolik ke warga Korea Selatan sebagai tanda ingatan kepada para mangsa dengan harapan jalan pengakhiran yang direka oleh penulis mampu menenangkan keluarga mangsa. Sebenarnya banyak lagi drama korea yang mengangkat kisah ini seperti Memories of Murder dan Criminals Mind.  Sememangnya, Izzy mengajak korang semua untuk melihat cerita ini kerana bukan sahaja mempunyai tema pembunuhan tetapi mengakat juga tema kekeluargaan.

Lagu Pilihan: Little Did You Know daripada Alex & Sierra
                     (https://www.youtube.com/watch?v=4bzIpYiPUUo)

"Look at me look at me now


                  You are burning me up like this
                  I can’t turn it off"
                  Blackpink

With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...