Sunday, May 5, 2019

Chapter 22 : Ramadhan Al Mubarak


“Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa…” 
Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum dan selamat malam. Hari perkongsian Izzy adalah berkisah tentang bulan Ramadhan yang mulia. Kita tidak lama lagi bakal menyambut bulan Ramadhan. Jadi bersedialah fisikal dan mental untuk beribadat dalam bulan mulia ini. Izzy ada membaca sebuah blog yang menyatakan bahawa Allah S.W.T menjadikan bulan Ramadhan ini kerana tahu pahala hambanya pada bulan yang lain tidak dapat menampung dosa yang mereka lakukan. Kita dapat lihat betapa kasihnya Allah S.W.T kepada hanmbaNya. Bulan Ramadhan ini diwujudkan supaya kita beribadat kepadaNya kerana amalan yang baik dan mulia yang dilakuakan dilipatkan gandakan pahalanya sebagai ganjaran kepada si pelaku. Oleh itu rakan-rakan ayuh kita beribadat dan menjaga amalan serta perilaku kita di bulan Ramadhan ini semoga tidak menjadi sia-sia.  Jadi disini Izzy ingin berkongsi beberapa amalan ketika Ramadhan.



Amalan Bulan Ramadhan

 Sahur
Jangan kita ingat tentang berbuka sahaja. Sahur itu penting supaya kita memperoleh tenaga di siang hari untuk menjalani ibadah puasa. Walaupun tiada hukum yang wajib tetapi tidak salahkan jika kita bangun sahur. Ketika sahur ingat jangan makan terlalu banyak kerana risau sekiranya makan berlebihan mengakibat kita mudah sakit perut dan mengantuk di siang hari. Kawal jenis makanan yang kita ambil supaya sesuai dengan perut dan tidak mendatangkan masalah untuk berpuasa. Seeloknya jangan ambil makanan yang terlampau berat dan berisiko mendatang kesakitan kepada badan kita. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Umatku terus berada dalam kebaikan, selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.” (Hadis Riwayat Iman Ahmad)

Solat Sunat
Di sini Izzy nak kongsikan solat tarawih yang memang rugi kalau tinggalkan kerana amalan ini hanya ada ketika bulan Ramadhan sahaja. Dalam melaksanakan amalan ini lakukan mengikut keupayaan kita. Jangan terlalu memaksa diri. Contohnya, sekiranya tidak mampu melaksanakan 20 rakaat solat tarawih, laksnakan hanya 8 rakaat sahaja. Lepas itu jangan lupa solat witir sekali. Bagi solat sunat lain yang boleh kita lakukan ialah solat sunatt tahajud, solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Insyallah setiap amalan yang kita laksnanakan ini akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan karena iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (HR. Bukhari no. 37 dan Muslim no. 759). Yang dimaksud qiyam Ramadhan adalah solat tarawih sebagaimana yang dituturkan oleh An Nawawi. (Syarh Muslim, 3/101)

 Derma
Akhir sekali, Izzy akhir perkongsian ini dengan derma. Jika kita tidak mampu menderma pada bulan-bulan terdahulu. Jadi mari kita amalkan perbuatan ini pada bulan Ramadhan ini. Tidak perlu menderma dengan jumlah yang banyak hanya mengikut keperluan. Contohnya, RM 1 sehari. Apabila sudah terbiasa di menderma di bulan Ramadhan ini, insyaallah apabila berakhir Ramadhan kita masih tetap menderma. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Insyaallah kita semua akan rajin dalam beribadat di bulan Ramadhan ini dan sama-sama mendapat kerahmatan dan keseronokan dalam menjalani ibadah puasa. Pesan Izzy jangan lupa niat puasa ye rakan-rakan.

Lagu Pilihan: Sesungguhnya daripada Alif Satar, Raihan
                     (https://www.youtube.com/watch?v=Zhz8zfARURE)

“Seluruh bumi ini akan terasa sempit

Jika kita hidup tanpa toleransi
Namun jika hidup dengan perasaan cinta
Meski bumi sempit kitakan bahagia"
Sabyan ft EL Alice

With Love, I.




No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...