Sunday, May 12, 2019

Chapter 23: Bermusafir di Bulan Ramadhan


Seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”
(Hadis Diriwayatkan oleh Tarmizi)


Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ini mari ini berkongsi tentang perjalanan Izzy dan rakan-rakan dalam bermusafir di bulan Ramadhan. Kami merancang aktiviti seminggu sebelum puasa untuk mencari ketenangan dan menyegarkan minda setelah lama tidak keluar dari UKM. Kami merancang untuk melakukan aktiviti ini pada minggu pertama puasa iaitu pada tarikh 10 hingga 11 May (Jumaat dan Sabtu) untuk ke Melaka.

Pada tarikh yang dinanti-nantikan kami bergerak dengan menyewa kereta kelisa pada pukul 11:00 malam. Kami merancang untuk bergerak ke ICT Shah Alam. Kami sampai agak lewat dan hanya sempat untuk mengambil gambar kenangan dan pusing-pusing di sekitar ICT tersebut. Selepas itu, kami bergerak semula untuk ke Melaka.

Pada pukul 3:30 pagi kami berhenti berehat di R&R jejantas Ayer Keroh. Kami tidur sebentar di surau yang disediakan oleh pihak R&R. Setelah tidur selama sejam kami bangun dan solat tahajud sebelum sahur di gerai-gerai yang disediakan. Setelah selesai bersahur kami bergerak semula dan pada pukul 6:15 pagi kami sampai di masjid Selat Melaka untuk solat Subuh dan membersihkan diri.
Setelah selesai, kami bergerak ke Kota Melaka untuk ke A Famosa dan melawat muzium setempat. Mendaki Kota A Famosa tu sangat mencabar memandangkan kawasannya yang sedikit berbukit dan tinggi. Setelah penat mendaki kami, menikmati pemandangan yang sangat menarik kerana kami boleh melihat hampir keseluruhan Kota Melaka dari pandangan atas bukit.

Setelah puas bergambar dan melihat kawasan sekeliling, kami turun dan melawat beberapa muzium. Muzium yang paling menarik perhatian ialah Muzium Rakyat. Muzium itu terdapat tiga bahagian iaitu Budaya Masyarakat di Malaysia, Permainan Tradisional dan Kepercayaan Kecantikan Kaun Minoriti di Dunia. Bahagian yang menceritakan kepercayaan kecantikan tersebut sangat menarik perhatian Izzy. Antara kepercayaan mereka ialah perempuan suku Mursi di Ethiopia memakai piring di mulut mereka, sebagai simbol kecantikan dan “Foot Binding” adalah adat yang diamalkan oleh masyarakat China zaman dulu.

Setelah penat berjalan di sekitar Kota Melaka, kami mencari masjid terdekat untuk solat dan berehat. Kami bergerak semula selepas solat Asar dan singgah di bazar Ramadhan Masjid Tanah untuk membeli juadah berbuka puasa. Aktiviti kemuncak kami ialah berbuka di kawasan pantai puteri Melaka. Sambil menikmati juadah berbuka puasa kami turut sempat menikmati suasana matahari terbenam. Setelah selesai berbuka, kami solat di masjid berdekatan dan bertolak pulang.Walaupun penat, tetapi perjalanan yang kami rancang ini mengajar kami tentang kebesaran yang Allah S.W.T kurniakan. Banyak pemandangan dan keindahan alam sekitar yang dapat kami lihat. Izzy akhir dengan ucapan Selamat Berpuasa rakan-rakan

Bergambar sebelum berbuka puasa

Pemandangan Matahari Terbenam

Lagu Pilihan: Ya Habibal Qolbi daripada Sabyan
                     (https://www.youtube.com/watch?v=8g_wa06LlCA)

"Rahman ya Rahman,
Bantulah aku ya Rahman"
Sabyan

With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...