Wednesday, May 1, 2019

Chapter 20 : MG2KM : "Glorious Within the Time"

"Obsessed by a fairy tale, we spend our lives searching for a magic door and a lost kingdom of peace"
Eugene O'Neill

Malam Gala Keris Mas (MG2KM) merupakan satu acara tahunan yang sangat dinantikan oleh bangsa Keris Mas. Sememangnya sudah menjadi tradisi MG2KM pada tahun ini mengangkat tema Vintage Kingdom : Glorious Within the Time. MG2KM pada tahun ini dilangsungkan selama 2 hari yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Peranan Izzy kali ini sememangnya menjalankan tugas sebagai seorang ahli protokol. Umum diketahui, protokol berperanan untuk memastikan sesebuah majlis berjalan dengan lancar. Mari Izzy cerita tentang perjalanan majlis sepanjang Izzy bertugas.

Sebelum MG2KM berlangsung kami (protokol) perlu menghadiri raptai selama seminggu bersama pihak MG2KM di Dewan Besar KKM. Walaupun hanya raptai biasa tetapi Izzy selalu perlu berperanan sebagai VVIP olok olok. Sangat memenatkan sepanjang minggu raptai ini kerana kebiasaannya kami akan pulang 2 hingga 3 pagi bagi memastikan kelancaran majlis ini selama 2 hari. 
Raptai bersama rakan UPKKM


Raptai terakhir di DECTAR


Hari Pertama (Junior Day)

Hari pertama lebih meraikan kehadiran pelajar tahun 1 dan tahun 2 yang melibatkan lebih kurang seramai 350 lebih orang pelajar dan tetamu kehormat. Pada hari pertama MG2KM telah dirasmikan oleh YB Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid iaitu ADUN Kapar serta turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan iaitu Ernie Zakri. Pada hari ini Izzy bertugas sebagai runner iaitu berperanan untuk memaklumkan kehadiran para tetamu kehormat. Kami perlu menunggu di tempat letak kereta khas VVIP dan VIP serta mengenalpasti nombor plat kenderaan para tetamu bagi memudahkan tugas kami. Setelah memastikan semua tetamu telah hadir kami masuk ke dewan untuk membantu rakan protokol lain yang bertugas di dalam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah terutamanya dalam skop kerja protokol. 

Rakan rakan UPKKM


Bersama rakan SEMESTA




Hari Kedua (Senior Day)

Seperti dimaklumkan di atas, hari kedua meraikan pelajar tahun 3, pelajar tahun 4 dan pelajar Master serta PHD. Tidak banyak berbeza dengan hari pertama kecuali berlaku sedikit pertambahan persembahan dan anugerah untuk pelajar bagi meraikan mereka memandangkan mereka berada di tahun akhir. Pada hari kedua MG2KM diraikan oleh YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Jidin dan artis jemputan merupakan Khai Bahar. Kali ini Izzy bertugas sebagai usher tetamu luar atau meja. Sememangnya penat kerana perlu banyak bergerak serta perlu mengenali tetamu yang kita usher. Seperti biasa, majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan dan kerjasama ahli protokol.

Baju Rasmi UPKKM


Rakan Karib di UPKKM


Rakan karib di UPKKM


Senior & Junior UPKKM


Selfie bersama Khai Bahar

Lagu Pilihan : "Fake Love" cover daripada Ysabelle Cuevas
                     (https://www.youtube.com/watch?v=-TZWzYEv0xw)


"The words "I love you"
Resembles you
The words "I love you"
Will never reach you"
Taeyeon


                                                                                                                            With Love, I.

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...