"Let us be grateful to people who make
us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom."
Marcel
Proust
Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini perkongsian Izzy
tentang hari jalan-jalan tanpa cari makan bersama dengan rakan-rakan. Kenapa
panggil nama macam itu? Sebab kami keluar ketika bulan puasa dan boleh
dikatakan jalan-jalan kali ini lebih kurang macam membeli-belah untuk baju
raya. Izzy menemani rakan-rakan Izzy iaitu Khalida dan Nina untuk membeli-belah
memandangkan tidak lama lagi kami akan pulang untuk cuti raya.
Kami menaiki Grab untuk ke stesen MRT Kajang. Lebih cepat dan
lebih mudah. Sampai sahaja di stesen MRT Kajang kami menaikinya sehingga ke
stesen Merdeka yang merupakan pertukaran laluan LRT Sentul Timur. Selepas itu,
kami naik LRT dari Plaza Rakyat sehingga ke Bandaraya. Seterusnya, kami
berjalan kami menuju ke Jalan Tar untuk membeli-belah. Pada mulanya, kurang
sesak dengan orang ramai tetapi selepas masuk waktu Zohor, Jalan Tar terus
dipenuhi dengan orang ramai. Memandangkan sudah bermula cuti sekolah,
kemungkinan ramai yang ingin membeli-belah dan mengambil kesempatan untuk
pulang awal ke kampong halaman.
Kami singgah ke beberapa kedai untuk melihat baju kurung dan
baju melayu memandang Nina perlu membeli baju raya buat ahli keluarganya.
Terdapat beberapa variasi pilihan yang sememangnya membuat kita semua rambang
mata. Setelah melihat dan memasuki beberapa kedai, akhirnya kami berhenti di
sebuab kedai untuk melihat baju melayu.
Pada mulanya, untuk memilih baju melayu buat abang Nina agak
sukar kerana kurang pasti dengan saiz yang perlu dipilih. Setelah berbincang
dengan abangnya melalui aplikasi Whatssap kami bersetuju untuk membeli baju
tersebut. Perhentian seterusnya, mencari baju Kurta buat ayah Nina. Terlalu
banyak pilihan tetapi tidak mampu menempati pilihan hati Nina kerana harga yang
terlalu mahal dan kain yang kurang berkualiti. Setelah puas, pusing-pusing
akhirnya singgah di satu gerai yang menawarkan baju Kurta yang menarik. Setelah
tawar-menawar, akhir persetujuan dapat dicapai Nina pun membuat keputusan untuk
membelinya.
Setelah selesai membeli-belah, kami bergerak semula ke stesen
LRT untuk berhenti solat di stesen MRT memandangkan tempat solat yang
disediakan oleh pusat membeli-belah Sogo dipenuhi dengan orang ramai. Setelah
selesai solat, kami menaiki MRT dan berhenti di stesen Cochrane untuk berbuka
puasa. Di Cochrane, kami memasuki pusat membeli-belah MyTown Cheras untuk
mencari juadah berbuka puasa. Setelah selesai berbuka puasa dan solat Maghrib
kami pulang ke UKM dan sampai di kolej sekitar jam 10:30 malam.
Perjalanan pada hari ini sangat memenatkan tetapi dapat
membantu dan menemani Nina membeli-belah bagi pihak keluarganya sangat
menyenangkan. Alhamdulillah, kami berbelanja seadanya pada hari ini dan tidak
membazirkan wang yang begitu banyak.
Lagu Pilihan: You Are the Reason daripada Calum Scott
"When this rain falls on my head
I’ll get all wet even my heart
Stay with me I still can’t be
In the rain alone without you"
I.O.I
With Love, I.
No comments:
Post a Comment