"Only crime and the criminal, it is true, confront us with the
perplexity of radical evil; but only the hypocrite is really rotten to the
core."
Hannah Arendt
Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ini perkongsian
kita akan berkongsi tentang ulasan daripada sebuah novel terbitan Fixi. Ramai
yang bertanya apa itu Fixi? Mungkin ada yang tertanya-tanya dari manakah
datangnya nama syarikat ini. Namanya diambil dari perkataan Bahasa Indonesia
‘fiksi’ yang turut membawa makna ‘fiction’ dalam Bahasa Inggeris. Nama Fixi
dipilih sebagai simbolik yang menandakan tidak ada apa-apa yang asli dalam dunia
pernovelan. Banyak genre yang ditawarkan oleh buku Fixi iaitu psikotik,
“mindfuck”, seram dan lain-lain lagi.
Novel yang akan diulas pada hari ini bertajuk Ngeri karya
Gina Yap Lai Loong. Novel ini merupakan sebuah trilogi dan mengadungi tiga buah
buku. Ngeri merupakan trilogi yang pertama dan diikuti oleh Mangsa dan Obsesi.
Cerita ini bertempat di sesebuah unversiti dan melibatkan beberapa orang
pelajar sebagai watak utama. Cerita ini mengangkat tema pembunuhan dan misteri.
Versi Lama
Versi Baru
Sinopsis Ringkas:
Novel ini berkisahkan Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan
mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood.
Mereka menghasilkan skrip filem yang sangat hebat dan mengisahkan pembunuhan
yang sadis. Malangnya, semua skrip yang dihasilkan sering ditolak oleh
professor mereka kerana dianggap tidak logik dan tiada kes seperti tersebut
pernah terjadi di Malaysia. Namun mereka tetap tidak berputus asa dan menghasilkan
banyak lagi skrip yang hebat. Konflik cerita ini bermula apabila skrip-skrip
yang mereka hasilkan satu-satu menjadi kenyataan. Sudah syak-mengesyaki antara
satu-sati sama lain. Namun yang sering disyaki ialah Samuel kerana dia
menyimpan dendam terhadap professor mereka setiap kali skrip mereka ditolak. Malah
mangsa yang terlibat sering mempunyai kaitan dengan Samuel. Apakah kesudahan
cerita ini? Benarkan terdapat dua orang pembunuh? Benarkah Samuel si pelakunya.
Jangan lupa untuk membeli dan membaca novel ini tau!
Jenis-jenis Pembunuhan yang Dilakukan:
Pembunuhan ‘Pinocchio’
Pembunuhan ini dilakukan sangat kejam
kerana mangsa akan dibunuh separa mati dahulu kemudian dia akan digantung
hidup-hidup seperti ‘Pinocchio’ ditempat yang tinggi supaya dapat menyeksa
mangsa dan darah dapat mengalir dengan banyak serta mangsa mati akibat
kekurangan darah. Malah mangsa mampu bergerak apabila dawai yang diikat pada
mangsa disentuh oleh seseorang. Motif pembunuh sebenarnya untuk melihat mangsa
terseksa supaya amarah pembunuh terhadap mangsa terbalas. Pembunuhan ini lebih
terpengaruh oleh emosi pembunuh.
Penemuan Mayat dalam Peti Sejuk
Dalam novel ini pembunuh telah
meletakkan mayat didalam peti sejuk ais setelah dibunuh. Mangsa telah direbus dalam
air yang panas supaya mangsa lebih cepat membeku. Ini disokong oleh teori
Mpemba yang menyatakan bahawa air panas akan mengeluwap, yang akan mengurangkan
masa dan jumlah air untuk membeku. Alasan lainnya adalah air dalam suhu yang
rendah membeku dari atas, sedangkan air panas membeku dari bawah.
Pembunuhan Harta Karun
Pembunuhan ini sangat kejam kerana
pembunuh mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian dan meletakkannya
ditempat yang berbeza. Hanya petunjuk yang dibekalkan supaya behagian yang
dipotong tersebut dapat dicantumkan semula. Motif mangsa adalah untuk
menunjukkan bahawa dia berkuasa dan cuba bermain serta mencabar dengan pihak
polis atau penyiasat yang akan menyelesaikan kes ini.
Pembunuhan Ala Dokumentari
Mangsa akan diletakkan dan dikunci di
dalam sebuah bilik dengan hanya memberikan beberapa makanan dan minuman asa
supaya mangsa dapat menahan lapar. Tidak dinafikan ini lebih kejam kerana
pembunuh seolah-olah bermain dengan nyawa seseorang. Pembunuh mengandaikan
mangsa hanya akan bertahan selama 7 hari sahaja. Setiap hari mangsa akan
didokumentari tentang pekara yang dilakukan. Tiada belas kasihan yang diberikan
oleh pembunuh.
Bagi Izzy karya yang dihasilkan oleh Gina Yap Lai Loong ini
sangat mengagumkan kerana tiada pembunuhan sekejam itu pernah dilakukan di bumi
ini. Malah, pihak berkuasa sukar untuk meramal siapakan si pembunuh memandang
jenis atau teknik pembunuhan yang dilakukan sangat berbeza dan mangsa turut
mempunyai latar belakang yang berbeza. Bayangkalah ye rakan-rakan sekiranya
pembunuhan yang sadis dan kejam itu benar-benar berlaku. Sesuailah dengan tajuk
sungguh ngeri jika ia benar-benar terjadi. Jadi tidak sia-sia kalau Izzy
cadangkan korang semua beli novel ini. Mari kita lari sikit dari kebiasaan
dengan cerita pembunuhan yang sangat menyayatkan hati.
Lagu Pilihan: Don't Say No daripada Seohyun
"As soon as you wake up,
You look for something new out of habit
Unaware that it is more lethal"
Taeyeon
With Love, I.
No comments:
Post a Comment