"Rahasia
dalam bisnis itu adalah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak
mengetahuinya."
Aristotle
Onassis
Assalamualaikum
dan selamat malam. Hari ini Izzy akan berkongsi tentang pengalaman Izzy melawat
ke Bank Negara. Tujuan Izzy ke bank negara ini sebab untuk memenuhi kehendak
salah satu subjek pada semester ini iaitu Makroekonomi. Kami ke sana untuk
menjalankan aktiviti yang dipanggil “Eco Hunt” iaitu sebuah aktiviti
seolah-olah mencari harta karun. Tetapi dalam skop subjek ini, kami perlu
mencari sebanyak 60 soalan dengan melakukan pengimbasan di sekitar kawasan bank
negara atau sasana kijang menggunakan aplikasi “HP Reveal”.
Perjalanan
kami ke sana menggunakan sebuah bas yang disediakan oleh pihak UKM. Perjalanan
kesana menganmbil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Kami dikehendaki untuk
memakai baju t-shirt UKM bagi memudahkan pergerakan. Kami telah dibahagikan
mengikut beberapa kumpulan yang terdiri daripada 8 hingga 10 orang ahli. Setiap
kumpulan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 buah laptop bagi memudahkan
aktiviti “Eco Hunt”.
Setelah
sampai di bangunan Sasana Kijang iaitu sebuah muzium yang berkaitan dengan
ekonomi Malaysia, kami dikehendaki beratur dan masuk mengikut kumpulan
masing-masing kerana terdapat beberapa pemeriksaan dan pendaftaran yang perlu
kami jalani. Setelah selesai pemeriksaan dan pendataran, kami dikumpul dalam
sebuah dewan kecil untuk sesi taklimat. Beberapa peringatan telah disampaikan
oleh pegawai Sasana Kijang iaitu kami tidak dibenarkan berlari di dalam
bangunan ini dan tidak dibenarkan menangkap gambar menngunakan ‘flash’ kerana
boleh merosakkan beberapa dokumen atau gambar yang berada dalam muzium.
Kumpulan
kami berpecah supaya memudahkan kerja mencari soalan dan juga jawapan yang
dikatakan terdapat di sekitar kawasan muzium. Setelah selesai mengumpul semua
soalan dan jawapan kami berkumpul di jafe yang disediakan untuk menjawab soalan
yang disediakan secara atas talian. Soalan yang disediakan agak sukar
memandangkan kami perlu mencari dan menganalisis data yang diletakkan di
beberapa laman web milik kerajaan. Menjawab soalan sahaja telah memakan masa
lebih kurang 3 jam. Setelah puas, memerah otak kami solat dan berehat seketika.
Selepas selesai sesi menjawab, kami dikumpul semula di dalam dewan kecil untuk
mengambil kehadiran. Kami menaiki bas yang disediakan oleh pihak UKM untuk
pulang ke kolej masing-masing.
Sangat
penat kerana boleh dikatakan kami seharian menghabiskan masa di Sasana Kijang.
Tetapi apa yang dikesali oleh Izzy adalah kerana terlalu mengejar masa untuk
menyelesaikan aktiviti yang disediakan, kami tidak sempat untuk membaca info yang
disediakan dan kurang menikmati suasana yang disediakan di Sasana Kijang.
Tetapi sekiranya korang semua ingin kesana, memang digalakkan sebab sangat
seronok dan infomatif terutama tentang ekonomi Malaysia.
Ahli Kumpulan
Ahli Kumpulan
Lagu Pilihan: Kill This Love daripada Blackpink
"The luck that you are is like a sliver of
Chance that I throw myself into
Other people are now staring at us
With popcorn in their mouths"
EXO
With Love, I.
No comments:
Post a Comment