Wednesday, February 20, 2019

Introduction : HOLA!!

LULLILOO!!
     "to shout joyously in the manner of various African peoples"

Assalamualaikum and Selamat Pagi....,


Izzy??



Mesti ramai yang tertanya tanya kenapa panggil Izzy. Mari Izzy perkenalkan diri. Nama diberi ialah Izyan Hadirah bt Mohd Rosdi. Izyan bermaksud perhiasan dan Hadirah bermaksud pandai atau bijak. Walaupun mama dan papa dah anugerahkan nama yang mempunyai maksud yang indah tetapi kenapa panggil Izzy. Sebenarnya, ceritanya macam ni. Pada tahun 2011 a.k.a umur Izzy 13 tahun masa itu, alhamdullillah berjaya untuk sambung belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). Pendek cerita, kiteorang semua kena ada nama panggilan jadi semua orang boleh bezakan dan ingat kita siapa. Masa tu Izzy tak tahu nak guna nama panggilan apa jadi Izzy cuma pakai nama Izyan. Di sinilah terjadi sedikit masalah apabila ramai yang tak ingat, salah sebutlah, salah ejalah dan ada yang boleh cakap nama Izyan tu jarang dengarlah. Sangat menghampakan Izzy. Lepas itu, ada kawan Izzy ni cadangkan untuk panggil Izzy je. Mudah dan senang untuk ingat. Sejak dari tu kawan kawan Izzy semua panggil Izzy. Jadi, dalam postingan lepas ni kita teruskan dan panggil Izzy je.

STPM vs MATRIKULASI



Macam Izzy cakap sebelum ni  Izzy pernah belajar dekat SEMESTA yang sememangnya menawarkan dua aliran iaitu sains tulen dan sains teknikal. Masa Form 4 Izzy decide untuk ambil sains tulen (biologi, fizik, add math dan chemistry). Ahamdulillah lepas abis SPM Izzy ditawarkan sambung belajar dekat Matrikulasi Pahang di Gambang. Tetapi sebenarnya Izzy dah tak berapa confident untuk teruskan dalam bidang sains sebab keputusan SPM Izzy biasa biasa je. Lepas fikir baik baik, solat istikharah dan tanya pendapat kawan kawan, Izzy decide untuk ambik STPM. Masa tu papa sangat menentang keputusan Izzy dan saudara mara Izzy semua cakap yang Izzy tak berani ambil risikolah dan ada juga yang cakap Izzy tak bersedia berjauhan dengan family. Tetapi alhamdulillah mama support Izzy sebab dia just cakap macam ni kat Izzy "tak kisahlah apa orang nak cakap tapi hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita". So dengan kata kata mama Izzy masuk STPM. 

First day orientation memang awkward. Sebab apa?? Izzy tak kenal pun sesiapa masa hari orientasi tu. Tetapi itu bukan point yang Izzy nak kongsi kat sini. Masa orientasi ada satu slot bersama kaunselor supaya kitaorang lebih memahami STPM tu apa. Bila kaunselor tanya apa yang menyebabkan kitaorang semua nak ambil STPM. Common answer ialah sebab ni je pilihan yang tinggal untuk sambung belajar dan ada yang cakap sementara waktu je ni sebab nak tunggu keputusan diploma keluar tak lama lagi. Tetapi for those yang lepas ni ada terfikir untuk sambung belajar kat STPM jangan give up bila ada dengar jawapan kawan kawan macam ni. Izzy akui memang ramai rasa STPM ni je jalan akhir nak belajar sebab tak dapat mana mana tawaran yang lain. Ada yang tanye tak menyesal kita tolak matrikulasi, memang Izzy ada rasa meyesal tapi itu dulu. Insyallah keputusan yang Izzy buat ni mungkin lebih baik. Just keep positive guys. Selepas satu minggu orientasi, kitaorang pun dibahagi mengikut subjek pilihan masing masing. Izzy ambil lima subjek iaitu Pengajian Am (wajib), Ekonomi, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Sejarah (pilihan). Jangan ingat cerita STPM Izzy sampai situ je tau.


Lebih kurang dua minggu berlalu, akhirnya keputusan tawaran kemasukan diploma dan politeknik keluar. Izzy berjaya dapat tawaran daripada pihak Uitm dalam diploma kewangan dan perbankan. Izzy tolak walaupun ramai yang suruh pergi dan tengok kawan kawan Form 6 yang lain dah makin berkurang sebab masuk diploma dan politeknik. Akhirnya Izzy berjaya harungi selama setahun setengah dalam Form 6 dan berjaya sambung belajar pada peringkat ijazah iaitu dalam bidang ekonomi di UKM. Kalau korang berminat nak tahu tentang ijazah yang izzy ambik nanti dan UKM tu best ke tak. Insyaallah next entry Izzy kongsikan khas untuk korang. 

So, apa yang Izzy nak simpulkan adalah apa jua pilihan yang korang nak ambil nanti don't regret it and enjoy it. Jangan dengar dengan kata kata orang yang boleh jatuhkan semangat korang sebab mereka tak berada dalam tempat korang . Only we know what the best for ourself. If anyone ada pengalaman macam Izzy jangan lupa comments or kongsi tau. Mana tahu it make you feel more better nanti.


(6AK3)
(Graduation Day)


Lagu Pilihan : Palette daripada IU ft G Dragon 

                       (https://www.youtube.com/watch?v=d9IxdwEFk1c)

"A story I've heard often somewhere,

Ugly duckling and swan, a butterfly before it flies,
People don't know, they don't see your swings,
A new world you've met could be cruel, 
But strong girl, you know you were born to fly"
Taeyeon

                                                                                                                             With Love, I

p/s: Izzy always start and end my entry with unique words or quotes and a song           

       recommendation just for you guys 



No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...