Saturday, February 23, 2019

Chapter 1 : Protokollen & Etiquette

Retrouvailles
"the happiness of seeing someone again after a long time"

Assalamualaikum and Selamat Petang....,

Hari ni Izzy akan menceritakan tentang Protokol dan Etikat Sosial memandangkan Izzy seorang ahli kelah protokol di kolej Izzy. Pertama sekali, apa itu protokol dan etika sosial ?? Protokol secara umumnya merupakan peraturan rasmi dalam sesuatu istiadat manakala etika sosial ialah satu peradaban dalam kehidupan sosial manusia. 

UPKKM


Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM) boleh Izzy katakan salah satu kelab atau persatuan yang ada di kolej Keris Mas ini. Sebenarnya, Izzy dan rakan rakan tak berminat pun untuk menyertai UPKKM ni tetapi atas takdir Allah S.W.T kami memilih untuk menyertai UPKKM dan memang betul pilihan kami. UPKKM terletak di bawah Sekretariat Komunikasi Korporat yang menjalankan tugas tugas untuk melancarkan majlis rasmi, separa rasmi dan tidak rasmi yang terdapat di kolej. Untuk menyertai UPKKM korang semua kena hadiri satu temuduga sama ada korang berminat atau tidak. Sebenarnya, boleh dikatakan semua yang pergi temuduga ni diterima sebab senior nak tengok kesungguhan dan komitmen korang untuk kelab ni. Dalam UPKKM terdapat empat post yang menjalankan tugas tugas yang berbeza. Izzy merupakan ahli post HELA.

1) Penulisan
  • Post yang ditugaskan untuk membuat teks MC, ucapan Perasmi/MEPS/Ketua Pengarah

2) HELA
  • Singkatan bagi Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa yang dipertanggungjawabkan  untuk berurusan dengan tetamu-tetamu jemputan di dalam kolej, ukm, luar ukm mahupun tetamu yang bertaraf antarabangsa untuk memastikan kelancaran perjalanan sesuatu program tersebut
3) Sambutan
  • Post yang dipertugaskan kepada ahli protokol seperti MC majlis, Usher, PIC dan lain-lain 
4) TTK
  • Singkatan bagi tugas tugas khas yang dipertanggungjawakan dengan tugas mengenai persediaan bagi menyambut tetamu jemputan
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang UPKKM nanti boleh komen kat bawah tau.

KPES 

KPES merupakan kursus protokol dan etiket sosial yang sememangnya akan dijalankan setiap tahun bagi berkongsi ilmu tentang protokol dengan peserta luar dan juga menambahkan ilmu protokol bagi ahli UPKKM. Pada tahun ini, kami telah berjaya menjemput Cik@Kak Wani yang merupakan Presiden Protokol bagi sesi 2017/2018. Penyertaan daripada peserta luar sememangnya sangat ramai walaupun tempat yang ditawarkan sangat terhad iaitu hanya 60 orang terawal sahaja. Kami juga telah menarik perhatian sebahagian peserta dari UniKL untuk menyertai program ni. Kalau korang nak sertai program ni nanti tunggu tahun depan tau sebab tempat sememangnya sangat sangat terhad.

Sesi Bergambar


Rakan rakan UPKKM

Family Day UPKKM 

Lagi satu acara yang wajib buat setiap tahun bagi merapatkan ukhwah ahli UPKKM. Tahun ni senior dan junior yang bertugas untuk buat Family Day UPKKM telah memutuskan untuk buat kat Tasik Kejuteraan yang terletak di belakang FKAB. Bermula pukul 8 a.m hingga 12:30 p.m. dengan berzumbalah dan explorace kat sekeliling taman tasik tu. Memang penat tapi berbaloi sebab boleh rapatkan bonding dan boleh hilang stress dalam masa yang sama.

Group Dedicate

Senior & Junior UPKKM

HASMAH CUP

Antara majlis yang Izzy pernah uruskan dan merupakan majlis besar dan terpenting dalam sejarah Izzy menjadi ahli UPKKM. Hasmah Cup merupakan pertandingan badminton yang mengambil Tun Hasmah sebagai simbolik perlawanan. Pada tahun ini, Team Hasmah Cup telah mengajurkan perlawanan dalam katogeri beregu lelaki sahaja. Kami iaitu UPKKM telah dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam melancarkan majlis penutup sekaligus perasmian Hasmah Cup 2019. Berdebar tu ada dan semestinya. Izzy bertugas sebagai usher utama yang akan mengiringi VIP iaitu TNC HEPA dan Hafiz Hashim iaitu ikon badminton kolej Keris Mas. Sebelumnya hari kejadian, kami sudah diberi penerangan dan melakukan beberapa raptai. Namun pada hari kejadian, disebabkan ada salah faham antara Team Hasmah Cup dan UPKKM telah menyebabkan ada sedikit kecelaruan pada permulaan majlis. Tetapi semua itu berjaya diatasi dan majlis berjalan dengan lancar sekali. Salah satu pengalaman berharga buat Izzy sebagai ahli UPKKM walaupun terdapat beberapa kesilapan dalam menjalankan tugas. 

Sesi Bergambar bersama Tun Hasmah

Akhirnya, apa jua kelab atau sekretariat yang korang akan sertai nanti yang penting enjoy dan ambil pengalaman sebab memang sangat berharga dan berguna.

Lagu Pilihan : Older daripada Sasha Sloan
                     (https://www.youtube.com/watch?v=r1Fx0tqK5Z4)

"1 is loneliness and 2 is company,
Together we're the A team,
a match and gasoline,
Just like a pair of scissors need two blades,
Lean on me,
I know always got my back and you know,
I always got you right back"
The Ark

                                                                                                                            With Love, I

No comments:

Post a Comment

Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...