Tuesday, February 26, 2019

Chapter 2 : Perjalanan & Cahaya

"Boleh jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui~menjadikan kau manusia separa tuhan~ menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau lihat dan tahu, sedang selainnya semata mata tipu dan  palsu. Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu jua punya daerah terlarang.
Aziz Harun


Assalamualaikum dan hi....,

Hari ni Izzy nak berkongsi tentang perjalanan Izzy ke bumi Mekah dan Madinah dalam menunaikan ibadat umrah. Alhamdulillah, demi untuk menunaikan hajat nenek, papa dan mama berniat nak membawa kami sekali memandangkan tahun itu Izzy, abang dan adik perlu menghadapi peperiksaan yang besar. 


مِنْ قَبْلُ (sebelum)

Lepas sahaja Izzy tamat SPM, kami sekeluarga berangkat untuk menghadiri kursus umrah yang terakhir memandangkan Izzy je yang tak pergi lagi kerana sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Pengisian kursus tersebut sangat bermanfaat dan ringan sahaja untuk kita terima.  Kursus tersebut lebih bertemakan santai supaya kami tidak terlalu banyak berfikir dan berasa gemuruh untuk menjalankan ibadat umrah. Penceramah iaitu seorang ustaz banyak berceritakan pengalaman beliau di sana yang boleh kami jadikannya sebagai persediaan untuk ke sana. Apa yang Izzy paling ingat tentang nasihat beliau adalah sentiasa bersabar, ikhlas dan sentiasa berdoa supaya dibuka pintu hidayah kepada kita. Bukan apa, seperti yang Izzy bayangkan bahawa orang yang bersedia ke umrah ini kerana mereka betul betul sudah bersiap sedia untuk berjumpaNya tetapi ada sahaja yang ke sana kerana nak cari pintu hidayah dan lebih mendalami Islam itu apa.

Seminggu lepas kursus, kami sekeluarga keluar membeli belah beberapa kelengkapan yang diperlukan untuk kesana. Bukan apa, supaya kita lebih bersedia dan selesa dalam beribadat ke sana. Kami juga melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan dan turut bersedia dari segi fizikal dan juga kerohanian. Travel agency yang kami gunakan ialah Rayhar Travel. Sedar tak sedar, tarikh untuk ke sana makin menghampiri yang membuatkan Izzy berdebar debar dan risau.

مُعَاصِر (semasa)

Sebelum berangkat, kami sekeluarga berkumpul di lapangan terbang seawal 10:00 pagi memandangkan waktu penerbangan adalah pada 2:30 petang. Mendengar sedikit penerangan daripada pihak Rayhar dan pemeriksaan terakhir terutamanya tentang passport dan tiket penerbangan. Kami menaiki Saudia Airlines yang sememangnya dipenuhi dengan orang yang ingin mengerjakan umrah. Terdapat juga daripada travel agency yang berlainan namun apa yang bezanya kerana semua mempunyai niat yang sama iaitu untuk menjalani ibadat umrah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam 10 minit kerana kami mendarat di Jeddah. Jeddah bukan tanah haram seperti Madinah dan Mekah yang membenarkan selain penganut Islam untuk memasukinya.

Kami tiba di sana lebih kurang pukul 3 pagi mengikut waktu Jeddah. Izzy lihat banyak rakyat negara yang berlainan turut berkumpul di sana untuk pengurusan passport dan pengangkutan bagi ke Madinah. Betullah ibadat umrah dan haji ini menyatukan seluruh umat Islam di dunia. Pengurusan pelepasan passport mengambil masa yang agak lama memandangkan ramai orang dan kita perlu mengambil kira etika kerja orang sana. Lepas sahaja aktiviti pengurusan passport kami menunggu bas yang akan membawa Izzy sekeluarga ke Madinah.

Di Madinah aktivitinya lebih kepada melawat tempat bersejarah ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W pada suatu ketika dahulu. Tempat yang paling Izzy suka pergi dan memang menjadi rutin seharian sepanjang di Madinah ialah Masjid Nabawi. Jarak hotel Izzy pun lebih kurang 200 meter sahaja dari Masjid Nabawi. Seni ukirnya dan elemen Islam yang digunakan dalam membuat perhiasan masjid sangat menarik. Lagi satu nak kongsi ada satu kedai makan lebih kurang seperti restoran 'fast food' menarik perhatian Izzy kerana pemilik tidak membenarkan pelanggan wanita untuk membeli dan mendapatkan perkhidmatan mereka. Barang di kedai serbaneka di sana juga tidak terdapat harga yang agak menyulitkan pelanggan untuk membeli. 

Setelah berada di Madinah selama 5 hari, kami berangkat ke Mekah untuk menyempurnakan ibadat umrah. Sangat tenang sepanjang di sana walaupun sesak dengan orang ramai. Ketika pertama kali memandangkan Kaabah ada rasa sebak dalam diri Izzy. Tak tahu kenapa. Perasaan itu hanya datang tiba tiba sahaja. Sekiranya ingin solat memang menjadi pilihan kami untuk solat di depan Kaabah. Akhirnya, selepas berjaya menunaikan ibadat umrah selama 14 hari kami pulang ke Malaysia. Memang ada niat dan azam untuk kembali semula ke sana.







بَعْدَ (selepas)

Perjalanan mengerjakan ibadat umrah sememangnya tidak dapat Izzy lupakan kerana ia memberi kesan yang sangat besar dalam diri Izzy. Kalau korang nak tanya apa apa tentang perjalanan di sana komen di bawah dan kalau nak share pengalaman korang di sana pun boleh komen di bawah.

Lagu Pilihan:  Please Don't Go daripada Joel Adams
                   (https://www.youtube.com/watch?v=S2oxFIsENgM)

"When the colors of the world,
Were tempting my heart,
I closed my eyes and in the darkness,
I felt you."
Lee Hyori

                                                                                                                                          With Love,I


Saturday, February 23, 2019

Chapter 1 : Protokollen & Etiquette

Retrouvailles
"the happiness of seeing someone again after a long time"

Assalamualaikum and Selamat Petang....,

Hari ni Izzy akan menceritakan tentang Protokol dan Etikat Sosial memandangkan Izzy seorang ahli kelah protokol di kolej Izzy. Pertama sekali, apa itu protokol dan etika sosial ?? Protokol secara umumnya merupakan peraturan rasmi dalam sesuatu istiadat manakala etika sosial ialah satu peradaban dalam kehidupan sosial manusia. 

UPKKM


Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM) boleh Izzy katakan salah satu kelab atau persatuan yang ada di kolej Keris Mas ini. Sebenarnya, Izzy dan rakan rakan tak berminat pun untuk menyertai UPKKM ni tetapi atas takdir Allah S.W.T kami memilih untuk menyertai UPKKM dan memang betul pilihan kami. UPKKM terletak di bawah Sekretariat Komunikasi Korporat yang menjalankan tugas tugas untuk melancarkan majlis rasmi, separa rasmi dan tidak rasmi yang terdapat di kolej. Untuk menyertai UPKKM korang semua kena hadiri satu temuduga sama ada korang berminat atau tidak. Sebenarnya, boleh dikatakan semua yang pergi temuduga ni diterima sebab senior nak tengok kesungguhan dan komitmen korang untuk kelab ni. Dalam UPKKM terdapat empat post yang menjalankan tugas tugas yang berbeza. Izzy merupakan ahli post HELA.

1) Penulisan
  • Post yang ditugaskan untuk membuat teks MC, ucapan Perasmi/MEPS/Ketua Pengarah

2) HELA
  • Singkatan bagi Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa yang dipertanggungjawabkan  untuk berurusan dengan tetamu-tetamu jemputan di dalam kolej, ukm, luar ukm mahupun tetamu yang bertaraf antarabangsa untuk memastikan kelancaran perjalanan sesuatu program tersebut
3) Sambutan
  • Post yang dipertugaskan kepada ahli protokol seperti MC majlis, Usher, PIC dan lain-lain 
4) TTK
  • Singkatan bagi tugas tugas khas yang dipertanggungjawakan dengan tugas mengenai persediaan bagi menyambut tetamu jemputan
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang UPKKM nanti boleh komen kat bawah tau.

KPES 

KPES merupakan kursus protokol dan etiket sosial yang sememangnya akan dijalankan setiap tahun bagi berkongsi ilmu tentang protokol dengan peserta luar dan juga menambahkan ilmu protokol bagi ahli UPKKM. Pada tahun ini, kami telah berjaya menjemput Cik@Kak Wani yang merupakan Presiden Protokol bagi sesi 2017/2018. Penyertaan daripada peserta luar sememangnya sangat ramai walaupun tempat yang ditawarkan sangat terhad iaitu hanya 60 orang terawal sahaja. Kami juga telah menarik perhatian sebahagian peserta dari UniKL untuk menyertai program ni. Kalau korang nak sertai program ni nanti tunggu tahun depan tau sebab tempat sememangnya sangat sangat terhad.

Sesi Bergambar


Rakan rakan UPKKM

Family Day UPKKM 

Lagi satu acara yang wajib buat setiap tahun bagi merapatkan ukhwah ahli UPKKM. Tahun ni senior dan junior yang bertugas untuk buat Family Day UPKKM telah memutuskan untuk buat kat Tasik Kejuteraan yang terletak di belakang FKAB. Bermula pukul 8 a.m hingga 12:30 p.m. dengan berzumbalah dan explorace kat sekeliling taman tasik tu. Memang penat tapi berbaloi sebab boleh rapatkan bonding dan boleh hilang stress dalam masa yang sama.

Group Dedicate

Senior & Junior UPKKM

HASMAH CUP

Antara majlis yang Izzy pernah uruskan dan merupakan majlis besar dan terpenting dalam sejarah Izzy menjadi ahli UPKKM. Hasmah Cup merupakan pertandingan badminton yang mengambil Tun Hasmah sebagai simbolik perlawanan. Pada tahun ini, Team Hasmah Cup telah mengajurkan perlawanan dalam katogeri beregu lelaki sahaja. Kami iaitu UPKKM telah dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam melancarkan majlis penutup sekaligus perasmian Hasmah Cup 2019. Berdebar tu ada dan semestinya. Izzy bertugas sebagai usher utama yang akan mengiringi VIP iaitu TNC HEPA dan Hafiz Hashim iaitu ikon badminton kolej Keris Mas. Sebelumnya hari kejadian, kami sudah diberi penerangan dan melakukan beberapa raptai. Namun pada hari kejadian, disebabkan ada salah faham antara Team Hasmah Cup dan UPKKM telah menyebabkan ada sedikit kecelaruan pada permulaan majlis. Tetapi semua itu berjaya diatasi dan majlis berjalan dengan lancar sekali. Salah satu pengalaman berharga buat Izzy sebagai ahli UPKKM walaupun terdapat beberapa kesilapan dalam menjalankan tugas. 

Sesi Bergambar bersama Tun Hasmah

Akhirnya, apa jua kelab atau sekretariat yang korang akan sertai nanti yang penting enjoy dan ambil pengalaman sebab memang sangat berharga dan berguna.

Lagu Pilihan : Older daripada Sasha Sloan
                     (https://www.youtube.com/watch?v=r1Fx0tqK5Z4)

"1 is loneliness and 2 is company,
Together we're the A team,
a match and gasoline,
Just like a pair of scissors need two blades,
Lean on me,
I know always got my back and you know,
I always got you right back"
The Ark

                                                                                                                            With Love, I

Wednesday, February 20, 2019

Introduction : HOLA!!

LULLILOO!!
     "to shout joyously in the manner of various African peoples"

Assalamualaikum and Selamat Pagi....,


Izzy??



Mesti ramai yang tertanya tanya kenapa panggil Izzy. Mari Izzy perkenalkan diri. Nama diberi ialah Izyan Hadirah bt Mohd Rosdi. Izyan bermaksud perhiasan dan Hadirah bermaksud pandai atau bijak. Walaupun mama dan papa dah anugerahkan nama yang mempunyai maksud yang indah tetapi kenapa panggil Izzy. Sebenarnya, ceritanya macam ni. Pada tahun 2011 a.k.a umur Izzy 13 tahun masa itu, alhamdullillah berjaya untuk sambung belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). Pendek cerita, kiteorang semua kena ada nama panggilan jadi semua orang boleh bezakan dan ingat kita siapa. Masa tu Izzy tak tahu nak guna nama panggilan apa jadi Izzy cuma pakai nama Izyan. Di sinilah terjadi sedikit masalah apabila ramai yang tak ingat, salah sebutlah, salah ejalah dan ada yang boleh cakap nama Izyan tu jarang dengarlah. Sangat menghampakan Izzy. Lepas itu, ada kawan Izzy ni cadangkan untuk panggil Izzy je. Mudah dan senang untuk ingat. Sejak dari tu kawan kawan Izzy semua panggil Izzy. Jadi, dalam postingan lepas ni kita teruskan dan panggil Izzy je.

STPM vs MATRIKULASI



Macam Izzy cakap sebelum ni  Izzy pernah belajar dekat SEMESTA yang sememangnya menawarkan dua aliran iaitu sains tulen dan sains teknikal. Masa Form 4 Izzy decide untuk ambil sains tulen (biologi, fizik, add math dan chemistry). Ahamdulillah lepas abis SPM Izzy ditawarkan sambung belajar dekat Matrikulasi Pahang di Gambang. Tetapi sebenarnya Izzy dah tak berapa confident untuk teruskan dalam bidang sains sebab keputusan SPM Izzy biasa biasa je. Lepas fikir baik baik, solat istikharah dan tanya pendapat kawan kawan, Izzy decide untuk ambik STPM. Masa tu papa sangat menentang keputusan Izzy dan saudara mara Izzy semua cakap yang Izzy tak berani ambil risikolah dan ada juga yang cakap Izzy tak bersedia berjauhan dengan family. Tetapi alhamdulillah mama support Izzy sebab dia just cakap macam ni kat Izzy "tak kisahlah apa orang nak cakap tapi hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita". So dengan kata kata mama Izzy masuk STPM. 

First day orientation memang awkward. Sebab apa?? Izzy tak kenal pun sesiapa masa hari orientasi tu. Tetapi itu bukan point yang Izzy nak kongsi kat sini. Masa orientasi ada satu slot bersama kaunselor supaya kitaorang lebih memahami STPM tu apa. Bila kaunselor tanya apa yang menyebabkan kitaorang semua nak ambil STPM. Common answer ialah sebab ni je pilihan yang tinggal untuk sambung belajar dan ada yang cakap sementara waktu je ni sebab nak tunggu keputusan diploma keluar tak lama lagi. Tetapi for those yang lepas ni ada terfikir untuk sambung belajar kat STPM jangan give up bila ada dengar jawapan kawan kawan macam ni. Izzy akui memang ramai rasa STPM ni je jalan akhir nak belajar sebab tak dapat mana mana tawaran yang lain. Ada yang tanye tak menyesal kita tolak matrikulasi, memang Izzy ada rasa meyesal tapi itu dulu. Insyallah keputusan yang Izzy buat ni mungkin lebih baik. Just keep positive guys. Selepas satu minggu orientasi, kitaorang pun dibahagi mengikut subjek pilihan masing masing. Izzy ambil lima subjek iaitu Pengajian Am (wajib), Ekonomi, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan Sejarah (pilihan). Jangan ingat cerita STPM Izzy sampai situ je tau.


Lebih kurang dua minggu berlalu, akhirnya keputusan tawaran kemasukan diploma dan politeknik keluar. Izzy berjaya dapat tawaran daripada pihak Uitm dalam diploma kewangan dan perbankan. Izzy tolak walaupun ramai yang suruh pergi dan tengok kawan kawan Form 6 yang lain dah makin berkurang sebab masuk diploma dan politeknik. Akhirnya Izzy berjaya harungi selama setahun setengah dalam Form 6 dan berjaya sambung belajar pada peringkat ijazah iaitu dalam bidang ekonomi di UKM. Kalau korang berminat nak tahu tentang ijazah yang izzy ambik nanti dan UKM tu best ke tak. Insyaallah next entry Izzy kongsikan khas untuk korang. 

So, apa yang Izzy nak simpulkan adalah apa jua pilihan yang korang nak ambil nanti don't regret it and enjoy it. Jangan dengar dengan kata kata orang yang boleh jatuhkan semangat korang sebab mereka tak berada dalam tempat korang . Only we know what the best for ourself. If anyone ada pengalaman macam Izzy jangan lupa comments or kongsi tau. Mana tahu it make you feel more better nanti.


(6AK3)
(Graduation Day)


Lagu Pilihan : Palette daripada IU ft G Dragon 

                       (https://www.youtube.com/watch?v=d9IxdwEFk1c)

"A story I've heard often somewhere,

Ugly duckling and swan, a butterfly before it flies,
People don't know, they don't see your swings,
A new world you've met could be cruel, 
But strong girl, you know you were born to fly"
Taeyeon

                                                                                                                             With Love, I

p/s: Izzy always start and end my entry with unique words or quotes and a song           

       recommendation just for you guys 



Chapter 27: Me & Myself

"Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every da...